- AKID -
Korang faham tak situasi dimana satu-satunya member kamceng kau kat kelas tak datang sekolah tapi tak bagitahu kau terlebih dahulu. Aku tenung meja kosong di sebelah. Celaka kau Firas. "Monyok je, boyfriend kau mana?" Sapa Fawwaz entah dari mana. Aku menjeling. Ni pun celaka juga.
"Kenapa Fi tak datang?"
"Entah, demam kot"
"Kau tak tahu?"
"Tak"
"Kenapa kau tak tahu?"
Aku mendengus. "Kau nampak muka aku ni macam mak dia ke? Banyak pula tanya."
"Tanya je. Tak payah la marah. Period ke?"
"Ha'ah, period. Hari ni first day." Kata aku selamba sambil memasukkan buku ke dalam backpack aku.
"Hmm...ponteng la tu."
"Of course, sakit otak borak dengan kau"
"Gampang"
Aku tersengih sambil bangun dan terus berjalan keluar dari kelas. Aku sempat meninjau kelas 5 Al-Battani yang diduduki oleh Lee, Red, Sam dan Ja'. Aku lihat mereka sedang tekun belajar. Aku abaikan dan terus ke arah tangga. Hala tuju aku hanya lah satu iaitu perpustakaan, port lepak aku bila aku nak ponteng kelas. Masuk sahaja perpustakaan, angin sejuk dari penghawa dingin terus menerjah ke muka aku. Lena ni kalau tidur. Dengan selamba aku berjalan ke rak buku paling belakang, tersenyum riang. Aku baring di sudut perpustakaan, beg aku dijadikan sebagai bantal. Ini lah tempat tidur aku di sekolah. Di depan aku ada rak buku besar yang boleh menyembunyikan kegiatan aku. Tambahan lagi satu rak buku ni tak ramai orang minat sebab kebanyakannya buku dalam bahasa Inggeris. Budak sekolah ni bukan pandai sangat pun dalam bahasa Inggeris.
Aku bangun dari pembaringan lalu duduk bersandar pada dinding. Entah kenapa aku tak mengantuk pula sekarang ni. Jarang terjadi ni. Tiba-tiba aku teringat apa yang aku nampak malam tadi.
Seorang lelaki berusia lingkungan awal 40-an baru sahaja keluar dari kelab malam yang terletak dihujung deretan kedai. Lengan kananya memeluk pinggang seorang wanita yang hanya memakai gaun ketat paras paha. Aku hanya memerhati sahaja pergerakan mereka sehingga Firas menepuk bahu aku.
Aku tersenyum sinis mengingatinya. "Orang tua tak sedar diri. Kubur dah panggil mari pun tak sedar diri lagi." Gumam aku perlahan. Aku menggeleng kepala, ingin membuang adegan malam tadi. Aku mencapai sebuah buku bertajuk 'The Note' dan terus membaca sinopsis dibelakangnya. Cinta? Klise. Baru sahaja aku ingin meletak kembali buku tersebut tiba-tiba ada seorang gadis terpacul di sebelah rak.
"Eh mak kau!" Aku melatah. Dia seakan terkejut melihat aku, begitu juga. Aku cepat mengalih pandangan, acah- acah membaca buku di tangan aku ini. Bapak malu. Depan perempuan pula tu kau melatah, Kid.
"Sorry" Ujar dia lalu terus berjalan di depan aku dan mencari buku di rak. Dengan ekor mata, aku menjeling ingin melihat gadis tersebut yang ralit mencari buku. Gadis itu memakai baju sekolah bersama pinafore dan rambut panjangnya kemas diikat kuda. Eh jap, dia ni bukan budak baru tu ke? A.k.a crush aku. Sedang aku ralit melihat dia, mata aku menangkap pandangan matanya yang juga sedang melihat aku. Dengan cepat aku mengalih pandangan. Damn...kantoi.
"Excuse me?" Gadis tersebut menyapa. Aku terus mengangkat muka. Dia merenung aku. Risau pula, takut kena tengking sebab kantoi tengah skodeng dia.
"Buku tu..." dia menunjuk pada buku yang aku pegang. "...you tengah baca ke?" Aku tunduk, melihat buku ditangan yang bertajuk 'The Note'. "Ha'ah." Jawab aku tanpa berfikir. Eh? Sejak bila pula aku suka baca buku macam ni?
YOU ARE READING
MUSIBAT
ActionFIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang menunggu tarikh peperiksaan SPM tiba. Ketika menjalani kehidupan sebagai 'calon SPM', abangnya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Dunian...