BAB 3

259 15 2
                                    

- AKID -

Jari telunjuk tangan kanan aku pantas menekan butang kiri mouse. Jari tangan kiri pula menekan keyboard yang berlampu-lampu itu. Q,W,E,R ditekan bersilih ganti dan telinga ditekup dengan headphone. Memang pekak sekejap. Mata aku tak lepas pandang skrin komputer. Iya, aku tengah main game. Now, level aku dah maju ke depan. Bukan nak cakap aku terror tapi kira okaylah daripada Firas. Dia noob. Tapi, macam mana pun aku tetap tak boleh kalahkan dua beradik geek ini, Zarin dan Zhafran.

Ketika berumur 13 tahun, aku pernah berangan nak buat satu team untuk join tournament game yang dianjurkan secara kecil-kecilan di Cyber Cafe dekat dengan rumah aku. Aku sedaya upaya pujuk dua beradik tu untuk join team aku. At first, diorang tak nak. Diorang kata aku noob. Koyak juga lah aku masa tu. Tapi ini AKID lah, tak pernah give up. Dengan bantuan mak diorang yang aku panggil Aunty Lily, aku akhirnya berjaya pujuk mereka. Aunty Lily memang supportive, tapi bukan mama.

"Main game? Kid, takde benda lain ke nak main? Kalau main soccer ke badminton ke, bangga la jugak papa dan mama. Ini main game je." Kata mama sambil menulis sesuatu pada iPad nya.

Sejak itu, aku kuburkan sahaja impian aku itu. Lagipun bak kata Zarin dan Zhafran aku ni noob. Esoknya, selepas mama beri kata-kata yang mengecewakan itu, aku pergi rumah dua beradik ni. Nak bagitahu yang aku cancel impian aku. Diorang tanya kenapa dan aku ulang balik apa yang mama cakap. Aunty Lily duduk di depan aku, dia buka mulut bersedia nak brainwash aku.

"Actually, kenapa Kid nak join?" Aunty Lily soal sambil makan mengacau kopi.

"Saje, saya pernah tengok kat TV. Macam syok je. Saya tengok ramai orang dok sama tengok kita main game. Diorang pun excited. Fan pun ada, pengulas pun ada. Macam tournament bola." Aku jawab dengan muka ceria teringat hari tournament Dota yang disiarkan.

"Kid rasa yang tengok tu suka tak diorang main game?"

"Suka lah, kalau tak suka buat apa tengok."

Aku nampak Aunty Lily senyum.

"Agak-agak fan diorang bangga tak kalau diorang menang?" Dia soal lagi.

"Of course lah bangga, ada yang masuk surat khabar sebab diorang ni mewakili negara masing-masing."

"Itu satu kejayaan diorang lah kan?" Aku mengangguk setuju.

"Jadi... main game ni boleh berjaya ke tak?" Aku tersentak. Aku pandang Aunty Lily, dia pandang aku balik, menunggu jawapan aku.

"...boleh..."

Itu dulu, yang gamers tak dipandang langsung. Orang tua sibuk mengata yang gamers ni takde kerja lain, asyik menghadap skrin petak ni je. Tapi sekarang aku tengok ramai je jadi gamers. Tambah lagi ada yang buat youtube channel dengan content gaming. Subscriber pun dah lebih 1K. Duit pun masuk. Tapi aku takde niat lah nak jadi youtuber. Selepas kena brainwash secara positif oleh Aunty Lily, pada hari jadi aku yang ke-13 aku minta mama dan papa sebuah PC. Mereka tak boleh kata 'Tidak' sebab dah janji akan beri apa sahaja yang aku minta pada hari jadi aku.

"Damn..." Tulisan DEFEAT warna merah aku tenung. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Betul lah kot kata Zarin yang aku noob.

rrin09

> nak main lagi tak

Zarin chat aku di ruangan chat. Aku taip.

> tak nak ah

> bosan

rrin09

> memang la bosan

MUSIBATWhere stories live. Discover now