Telekung dilipat dengan kemas lalu diletakkan dalam almari. Jam dikerling, 6.15 pagi. Nur menggeliat kecil. Sudah semalaman dia tidak tidur kerana menyiapkan kerjanya.
Pangkat yang diberikan kepadanya membuatkan aktiviti hariannya di habiskan dengan menyiapkan kerja.
Badan dihempaskan ke atas tilam. Perlahan-lahan dia menutup matanya. Tanpa disedari dia di buai mimpi pada pagi itu.
************
"Mana anak dara awak tu? Tak bangun lagi ke?" tanya Encik Malik terhadap isteri tercintanya Puan Suhaila.
"Entahla, bang. Abang tunggu sekejap, saya pergi kejut dia." Kata Puan Suhaila.
Encik Malik hanya menganggukan kepalanya tanda faham. Puan Suhaila mengatur langkah ke bilik Nur. Satu satunya puteri yang dia dan Encik Malik amat kasihi dan sayangi.
"Nur, bangun sayang. Dah siang ni. Nur kata nak keluarkan? Nanti Azra dengan Arfa tunggu Nur lama nanti. " kata Puan Suhaila dengan lemah lembut dan diselangi ketukan pintu.
Nur yang terasa lenanya bagaikan diganggu segera mencelikkan matanya. Sinaran cahaya matahari yang menembusi tingkapnya membuatkan matanya silau untuk dibuka.
"Nur? Bangun sayang. " Kejut Puan Suhaila.
"Emm, ye ummi. Nur dah bangun ni." Sahut Nur dari dalam biliknya.
" Siap- siaplah. Nur nak keluar kan? Jam dah pukul 9.30 pagi dah ni. " Kata Puan Suhaila.
Nur yang terdengar kata-kata Puan Suhaila terus membulatkan matanya. Jam dipandang.
"What ?! 9.30 pagi ?! Ummi Nur dah lambat !" Laung Nur.
"Ha cepat siap. Ummi dengan Walid tunggu kat bawah, okay?" Kata Puan Suhaila.
"Okay ummi. " Jawab Nur. Dengan terkocoh-kocoh dia melangkah ke robok pakaian.
Seluar palazo berwarna peach dipadankan dengan baju berwarna krim coklat. Tudung pink hair dililitkan dengan kemas. Nasib sahaja dia sudah mandi sebelum solat subuh tadi. Beg tangan dicapai, telefon bimbit dan beg dompet di letakkan dalam beg. Langkah diatur menuju ke tingkat bawah.
"Assalamualaikum ummi, abi. Selamat pagi !" kata Nur dengan penuh riang dan ceria.
"Waalaikumussalam, selamat pagi sayang. " Jawab Puan Suhaila.
"Amboi cantiknya Nur pagi ni. Nak kemana?" Tanya Encik Malik.
"Nur nak jumpa Azra dengan Arfa. Dah lama tak jumpa diorang. Nak lepas rindu." Kata Nur.
"Nur terus nak pergi? Tak sarapan?" Tanya Puan Suhaila.
"Tak pe la Ummi, nanti Nur sarapan dengan diorang sebab takut lambat pulak." Jawab Nur.
"Ha ye la, baik-baik bawak kereta. Jangan meluru je." Pesan Encik Malik.
"Baik abi. Nur pergi dulu." Kata Nur lalu menyalam tangan ibu bapanya dengan penuh kasih.
**********
Nur mempercepatkan langkahnya, Starbucks coffee dituju. Kelibat Azra dan Arfa dicari.
"Tak boleh lagi lambat ke?" Perli Arfa.
" Hehe, sorry. Aku tertidur lepas subuh tadi." Terang Nur.
"Tak pe la. Aku faham kerja kau banyak. So harini kita rest !" Kata Azra.
"So nak pergi mana dulu?" Tanya Nur.
"Kita pergi shopping?" Cadang Arfa.
"Em boleh jugak, aku pon nak beli tudung baru. " Kata Nur.
YOU ARE READING
Kiriman Cinta'
ספרות חובביםON HOLD ! "Saya ada hajat sebelum saya pergi." kata Azrie dengan diiringi sesakan nafas. "Apa dia awak cakap ni? Kita boleh usaha untuk pulihkan awak. Awak kena kuat. " kata Nur dengan esakannya. "Tolong tunaikan hajat saya. Saya merayu. "kata Azrie...