Know that means I'll have to leave
Lately, I've been, I've been thinking
I want you to be happier, I want you to be happier
So I'll go, I'll go
I will go, go, go"That's the last song for today. Thank you so much everyone for your endless love and support. And I hope to see you again soon. Thank you." Kedengaran tepukan gemuruh yang diberikan kepada aku setelah aku menunduk mengucapkan terima kasih. Aku tersenyum membalas pelukan kanak-kanak kecil yang menari bersamaku tadi dan menerima coklat yang diberi oleh mereka. Comel macam aku hehe.
Aku mengambil tin yang berisi penuh dengan wang yang diletakkan di hadapanku sepanjang aku membuat persembahan tadi.
Setelah memastikan semua speaker dan peralatan ditutup dan disimpan. Aku menutup casing yang menempatkan violin yang digunakan oleh aku untuk membuat persembahan tadi. Dan membawanya dengan sebelah tangan sambil sebelah lagi tangan aku menggalas beg.
Joe's Brrgrr. Tempat persinggahan aku hampir setiap kali selepas melakukan persembahan.
"Joe!As usual pleaseeee." Aku meletakkan tin yang berisi wang tadi di kaunternya.
"Hishhh kau ni. Lain kali boleh tak kira duit tu dulu sebelum nak bagi dengan aku hah?! Menyusahkan betullah. Asyik- asyik aku je yang kena kira. Dasar pemalas." Aku hanya tersengih apabila Joe menjeling tajam sambil membebel. Membebel pun tangan tu bekerja juga mengira duit.
"Aku hairanlah...kau beli burger banyak-banyak ni untuk siapa? Nak cakap kau ni banyak adik beradik, sekalipun aku tak pernah tengok kau dengan siapa-siapa. Nak cakap kau yang makan memang taklah, 50 lebih burger ni kau gila ke?"
"Kau rasa?" Aku menjungkitkan kening sambil menahan tawa. Sempat tangan aku mengambil marshmallows yang diletakkan di dalam balang di kaunter.
"Aku rasa kau ni mesti simpan banyak anak ikan ni. Kau mengaku sekarang! Kau mak ayam kan?!" Dia memandang aku dengan penuh curiga. Terus mati senyuman aku dengan statement kuajo dia tu.
"Kalau ye, kenapa?Kau ada masalah?Aku ada terfikir juga nak ambil kau jadi salah seorang anak ayam aku. Amacam? Kau nak tak?" Aku membalas dengan sesarkastik yang boleh sambil menjegil mata aku yang sepet ke arahnya.
"Eeuwww tak ingin aku. Lebih rela aku jual burger tak kaya-kaya sampai mati dari jadi anak ayam kau. Dahlah bagi burger je apa kelas. Kalau kau jadi anak ayam aku bolehlah." Dia tersenyum miang sambil memandang aku dari atas ke bawah berulang kali.
"Pervert!" Aku terus menutup dadaku dengan kedua belah tangan aku.
"Hek eleh. Setakat benda kecik tu tak payah nak tutup-tutup sangatlah. Bukannya nampak pun." Senyum sinis diberikan pada aku. Semakin terbuntang mataku mendengar statementnya itu.
Aku pakai sport bra lah! Desus hatiku tak puas hati. Takkan nak cakap depan-depan. Malulah.Aku terus memusingkan badan aku. Malas melayan perangai Joe yang tak pernah nak mengalah. Sebaik sahaja aku memusingkan badanku, aku terlihat beberapa kanak-kanak kecil dalam lingkungan unur 2-6 tahun yang sedang menari sambil menyanyi berhampiran fountain.
Tanpa melengahkan masa terus aku mencapai harmonica yang berada di dalam beg galas aku tadi. Dan berjalan menghampiri mereka.
"è troppo tardi per farmi unirti?" ( is it too late for me to join you?)
"no, vieni con noi!" (no, come join us) kata salah seorang budak perempuan yang memakai gaun berwarna maroon sambil menarik tanganku bersama untuk menari.
YOU ARE READING
Altruist
RomanceDalam hidup ni kau boleh capai kebahagiaan melalui pelbagai cara. 1. Family 2. Duit 3. Cinta 4. Etc... Tapi bagi aku, aku rasa bahagia bila tengok orang lain bahagia. Katakan aku gila, tapi tu hakikatnya. Aku rasa macam hero bila aku mampu buat ora...