Aku berjalan mundar-mandir di dalam pejabat abi sambil menggigit kuku."Abi! Apa ni? Kenapa tak bagitahu Xandra awal-awal?" Aku berkata kepada abi yang sedang duduk di meja kerjanya dengan buku undang-undang di tangan.
"What? Abi dah cakap malam tadi abi ada hal penting untuk bagitahu Xandra kan?" Selamba badak je muka abi cakap seolah macam benda tadi tak mendatangkan kesan pun padanya. Ok fine memang tak ada tapi air muka aku yang jatuh. Aduh.
"Why didn't you just spill the words when i came home last night. Kenapa mesti ada ayat pembuka 'abi ada benda penting nak cakap'." Sempat aku mengajuk suara abi malam tadi sambil semakin kuat menggigit kuku.
"Abi fikir Xandra memang dah penat. So takpelah esok jelah abi begitahu." Muka abi macam nak tak nak je layan aku. Huh. Bencilah.
"Abiiii." Mukaku dimonyokkan semonyoknya.
"Apa lagi? Pergi mandi sana. Tak malu ke?" Kata-kata abi membuatkan aku kembali teringat dengan pakaian aku yang sangat memalukan. Terus aku menekup muka pada bantal dan menjerit sekuat hati.
***
Kejadian pagi tadi...
What?!
"Ian, ni anak kedua uncle dan satu-satunya anak gadis uncle, Lana Alexandra." Adrian hanya senyum sambil ralit memerhati wajahku yang masih berkerut seperti meneran berak.
"He'll be staying with us for this whole month." Sambung abi.
Erk! Double what?!"Anyways, abi ada meeting nak kena attend so Ian, make yourself at home okay? Kalau ada apa-apa nak minta tolong, jangan segan-segan nak bagitahu. Xandra sentiasa ada kalau Ian perlukan dia."
"Thank you uncle. I will."
"Abi pergi dulu sayang. Tolong abi please? Okay?" Kata abi sambil mengusap kepalaku sebelum dia berlalu pergi. Dengan otak yang masih blur aku sempat mencium tangan abi sebelum dia pergi.
Yang aku ni kenapa tak habis-habis lagi blur? Uncle? Ian? Sejak bila abi ada adik beradik lain sampai aku ada cousin ni? Hah? Sekali lagi aku tepuk kepala aku. Aduh. Otak tolonglah ingat!
Setelah lama memerah otak. Baru aku teringat yang abi pernah kata yang dia bersahabat baik dengan ayah lelaki itu. Dan mereka telah bersahabat sejak kecil lagi. Tapi kenapa aku tak pernah nampak dia dengan ayahnya?
"So he will be staying with us for this whole month?"
Triple what?!
Kata-kata itu kembali mengingatkan diriku yang aku masih ada di dapur dengan lelaki itu sahaja. Faham tak sahaja? Smh.
Aku meraup wajah sebelum menyembamkan dahiku pada meja makan. Dugaan apakah ini? Tinggal serumah dengan orang yang aku suka? OMG BIG NO!
Lepas tu kena jadi PA dia pulak ke? Abi we need to have some serious discussion here!Terasa malas untuk mengangkat muka melihat wajah lelaki di hadapanku ini. Biar jelah dia habis makan dulu baru aku sambung makan. Mak Leha ni pergi mana pulak. Kenapa Mak Leha tinggalkan Xandra?? Mak Leha why??
"Rosy."
Tiba-tiba telingaku seperti terdengar sesuatu. Terus aku mengangkat wajahku melihat wajahnya. Rosy? Rosy who? His girlfriend? Aku menjungkitkan sebelah keningku seperti bertanya siapa rosy?
YOU ARE READING
Altruist
RomanceDalam hidup ni kau boleh capai kebahagiaan melalui pelbagai cara. 1. Family 2. Duit 3. Cinta 4. Etc... Tapi bagi aku, aku rasa bahagia bila tengok orang lain bahagia. Katakan aku gila, tapi tu hakikatnya. Aku rasa macam hero bila aku mampu buat ora...