Aku melangkah perlahan ke arahnya. Sunyinya ruangan ini sehingga setiap langkah kakiku dapat didengari."Help...me..."
Rayyan yang berdiri di atas kerusi piano sudah berhenti menangis dan hanya memandang daddynya dengan mata yang terkelip-kelip.
"One song won't hurt. Just play"
Permintaanku hanya dibalas dengan kesepian darinya.
Beberapa saat kemudian tanpa sebarang kata dia melangkah perlahan meninggalkan tempat ini. Aku hanya mampu melihat belakang tubuhnya yang menunduk sambil berjalan meninggalkan ruangan ini. Bisikan-bisikan pengunjung yang datang ke situ mulai kembali kedengaran.
Why? What happened to you?
Mindaku ligat memikirkan sebab utama mengapa dia begitu takut untuk menyentuh piano kembali. Jadi akhirnya aku hanya membiarkan dia melangkah pergi untuk menenangkan dirinya dahulu.
* * *
Aku memandang Rayyan yang sedang enak menjilat ice cream cone di tangannya. Baguslah tu. Janji nak beli aiskrim untuk uncle dia. Last-last dia pula yang dapat. Tapi tak apa. Aku halalkan sebab dia comel.
"Mama?"
Dia menyuakan aiskrim tersebut kepadaku. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.Sekejap panggil aku mummy sekejap panggil aku mama. Mana satu kau ni Rayyan?
"Sayangg... nanti bila dah besar, pastikan Rayyan ada six packs okay? Mama nak anak mama handsome, segak lagi bergaya."
Aku mula membahasakan diriku mama apabila dia asyik memanggil aku dengan panggilan itu sejak dari dalam kereta. Lagipun tak salah nak feeling-feeling mama daddy dengan Adrian. Amboi gedik betul aku ni. Ehek.
Seperti faham akan ayat aku, Rayyan hanya mencucuk-cucuk perutnya yang bulat sambil menjerit Yesh dengan kuat. Ewah-ewah. Macam tau-tau je kau akan dapat six packs ye? Entah-entah nanti single pack je.
Matahari mulai melabuh tirai ekoran hari yang semakin gelap. Tapi kami berdua masih melepak di Garden Palace ni.
Adrian? Aku tak pasti dia kemana. Dah dua jam semenjak dia pergi tadi. Tapi yang pasti dia dah tinggalkan tempat ni. Cuma yang ada hanya beberapa orang bodyguardsnya sahaja yang masih disini untuk mengawasi Rayyan mungkin.
Aku dan Rayyan hanya duduk di luar cafe sahaja sambil menunggu Rayyan untuk menghabiskan aiskrimnya. Haish. Kecil-kecil dah handsome, macam mana bila kau dah besar nanti.
Aku menongkat dagu sambil melihat wajah Rayyan tanpa henti. Warna mata Rayyan pun hijau. Cuma tidak segelap mata Adrian. Warna matanya lebih kepada hijau muda. Like an Aventurine quartz. Manakala Adrian mempunyai sepasang mata hijau yang menawan seperti batu jade.Dark green jade.
Melihat wajah Rayyan, aku pasti bahawa kakak Adrian juga merupakan seorang yang anggun dan cantik. What a good genes they have.
Terleka aku memerhati wajah Rayyan sehingga tidak perasan kerusi di sebelahnya ditarik oleh seseorang.
"Daddy!"
YOU ARE READING
Altruist
RomanceDalam hidup ni kau boleh capai kebahagiaan melalui pelbagai cara. 1. Family 2. Duit 3. Cinta 4. Etc... Tapi bagi aku, aku rasa bahagia bila tengok orang lain bahagia. Katakan aku gila, tapi tu hakikatnya. Aku rasa macam hero bila aku mampu buat ora...