Masuk sahaja ke bilikku, aku terus merebahkan badanku ke katil. Pergaduhan kecil kami masa tu masih bermain-main di fikiran. Aku tak ada pilihan selain dari berfikir yang Aqil sepertinya tak nak aku memilih Hisham.
Ya, sure. Dia abang aku, dan sejak dari kejadian tengok wayang minggu lepas, Aqil memang meluat dengan Hisham. Huh, mungkin sebab tu lah.
Tak kan, Aqil suka kat aku? Aduh, kenapa lah aku jadi Mat Jenin pulak ni? Berangan pulak. Telefon rumahku berbunyi dari arah ruang tamu. Setelah telefon lama berdering, aku tahu Aqil pasti sibuk sekarang. Masakan dia biarkan telefon rumah berdering.
Keluar sahaja dari bilikku, aku terus berlari-lari anak mendapatkan ganggan telefon. Salam yang terucap, ku sambut. Dia lantas memperkenalkan dirinya sebagai Akmal.
“Ini Khairul kan?,” soal si pemanggil. Ah, Khairul? “Ehm, Khairul Aqil Nidzam,”
“Emm, ini adik dia,” kataku.
“Oh, Rina! Hai,” suara garau Akmal, mengundang kelucuan padaku.
“Hai, kenapa telefon? Cari Aqil ke? Tapi rasanya sekarang ni dia sibuk kot kat dalam bilik dia,” kataku dengan selamba.
“Oh, beritahu kat Khairul, rumah sewa kat Gadong sekarang dah ada yang kosong jadi kalau dia masih nak isi saya boleh tolong book kan,”
Rumah sewa ada yang kosong? Jadi... Dia akan pindah ke?
“Hello?,”
“Ah, ya?,” kataku tergagap seketika. Aduh, aku ni sempat pulak berangan.
“Tolong beritahu kat Aqil ya? Secepat yang mungkin sebab ada orang nak juga tempat tu,” beritahu Akmal.
“Ya, inshaa Allah,”
“Ok, itu aje. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,” tepat sahaja aku meletakkan ganggan telefon ke tempatnya. Aqil sudah keluar dari bilik air dengan tuala yang hanya menutup bahagian bawah pusat je.
Rina, alihkan pandangan kau. Abang kau tu!
“Siapa call?,”
“Aaa, orang?,”
“Yelah, siapa?,”
Come on, beritahu dia, Rina. Kan kau juga yang nak lupakan dia? What happen to your marvellous plan ah?
“Rina?,”
“Salah number,” bohongku pantas. Ini tak baik.
“Salah number?,”
Aku melihat mata Aqil, kekeliruan jelas terpamer. Tapi tak lama bertembung mata, aku melarikan pandanganku, takut dia dapat kesan pembohonganku dengan eksperasi mukaku.
“Ya,” kataku.
“Ok,” kata Aqil mempercayai kata-kataku.
Fuh, now, aku kena lari dari-,
“Hmm, dik,” panggil Aqil. Aku kembali melihatnya. Aku lihat dia seperti ragu-ragu hendak berbicara. “Abang minta maaf, pasal hal masa tu,”
“Yeah, sure,” kataku lalu membuat keputusan untuk terus berjalan masuk je ke dalam bilikku. Aku takut Aqil akan dapat baca eksperasi mukaku.
“Dik,” panggil Aqil, dia terus memberhentikan langkahku dari terus berjalan. “Sorry,”
Aku mengeluh, “Yes, Aqil. It’s alright,”
Dengan itu aku terus berjalan tanpa menoleh pada Aqil walau sekali pun, fuh, nasib tak tertangkap. Now, macam mana aku nak berhadapan dengan masalah Akmal ni?
YOU ARE READING
Garisan
RomanceCerita yang berkisar mengenai Arina Nadirah yang menyimpan perasaan cinta kepada abang kandungnya sendiri, Khairul Aqil. Dugaan Allah itu hebat, Arina diuji tinggal serumah bersendirian dengan abangnya yang masih kelu tentang perasaan adiknya. Muncu...