Bab 9

14.3K 680 15
                                    

Aku segera memeluk mama dan papa bila tiba lah sudah hari terakhir mama menginap di apartmentku setelah dua hari bersama. Sedih tu mesti lah ada. Dan juga, terasa kosong.

“Rina ni, perempuan, walaupun Aqil tu abang kamu, tapi ingat-ingat juga ya?,”

Itu lah pesan mama sebelum meninggalkan apartmentku. Ingat-ingat? Esh, mama ni buat kecut aku je.

Ha! Macam tak biasa tinggal berdua dengan Aqil je lagakku ni. Aish, macam mana aku nak berlagak normal sekarang ni?

Tapi itu dua jam yang lalu, kini, aku sudah ber-,

Telefon pintarku yang sudah berdering minta diangkat, menyegerakanku masuk ke bilik. Entah siapakah gerangannya, aku lebih selesa bercakap tanpa kehadiran Aqil. Well, biasanya Kaira lah yang selalu menelefon aku.

“Hello?,” kataku. Aku tak tahu siapa yang menelefon, sebab numbernya memang tidak ada di dalam contact listku.

“Finally,” aku mengerutkan kiraiku. Siapa lah pulak yang berbahasa Inggeris dengan aku ni. “Arr, hello, ini Hisham,”

Oh, kemudian aku terbayang muka asli Hisham. “Ya, Sham. Kenapa?,”

“Rina busy ke?,”

“No, not really,” beritahuku kemudian melabuhkan pinggang ke arah tempat meja kerjaku di dalam bilik. Komputer riba ku buka switchnya.

“Sham nak bawa awak jalan, this weekend,” beritahu Hisham. Jalan? Jalan kemana pulak ni?

“Jap, let me check my schedule,” beritahuku kemudian segera memeriksa buku diariku. Diari kerja ok? Bukan diari...diari. Dan, ok free, “Ok, saya lapang on this weekend,”

“Yay,” sorak Hisham di hujung talian, membuatkan aku tergelak kecil. Macam budak kecil, “Kita pergi kampung Hisham ya?,”

“Hah? Kat mana?,” kalau jauh sangat, aku tak nak lah. Bermalam di rumah orang lain nanti agak janggal.

“Somewhere in Tutong, no worry, tak sampai bermalam,” beritahu Hisham seperti membaca fikiranku. “Keluarga buat majlis doa kesyukuran kecil-kecilan,”

“Oh, boleh ke saya ikut?,”

“Apa pulak tak boleh nya. Boleh, sebab tu saya ajak, lagipun bosan lah pergi seorang,”

“Eh, Kaira tak ikut ke?,”

“Tak, katanya ada proposal yang kena siapkan, tu yang ajak Rina ni,” baru aku ingat. Memang Kaira ada proposal yang disiapkan mengenai tapak pembinaan di Rimba. “Still ok ke, kalau kita berdua je?,”

“Ya, ya ok,” kataku, terlupa aku mahu berhubungan dengan Hisham.

“Great, I’ll see you this weekend, tak sabar, saya akan jemput awak pukul 7 pagi, kat tempat awak,”

Aku tergelak kecil, “I’ll text you my address,”

“Lovely, see you. Oh, by the way pakai baju kurung ya? Assalamualaikum,” kata Hisham, diikuti dengan sambutan salamku. Aku tersenyum sendiri, well, tak salah bagi peluang kat Hisham kan?

Mana tahu, dia adalah calon suami untukku? Dialah orang yang akan menolongku keluar dari ‘dosa’ yang ku pendam? Aqil, aku akan berusaha untuk lupakan kau.

“Nampak happy je,” sapa Aqil di ambang pintu. Aku terkejut, sangat terkejut sebenarnya. Budak ni, macam mana kalau aku tengah berbogel tadi!

“Knock!,” kataku, menjeling padanya.

Dengan selambanya dia mengetuk pintu bilikku, “Dah, anything more?,”

“Apa kau nak?,” soalku, mengalihkan mataku ke komputer ribaku. Rina, baru tadi je kau berazam nak lupakan dia. Jangan putus asa lagi.

GarisanWhere stories live. Discover now