TAWA Hoseok yang masih lagi tidak berhenti daripada tadi tidak menghalang Jimin untuk meyakinkan rakannya itu bahawa . Dia. Memang. Sudah. Jatuh. Cinta. Dengan. Seseorang.
"betul , hyung ! Aku memang betul-betul ikhlas cintakan dia." ujar Jimin bersungguh-sungguh. Wajahnya yang serius itu membuatkan makin galak Hoseok ketawa.
" kau demam eh , Jimin? Kau sedar tak yang perempuan ni crush kau yang ke-238 ? Kau ni semua orang nak crush , nyonya sebelah rumah kau pun kau pernah tergila-gilakan dulu," Hoseok mengelap air matanya akibat gelak terlampau over.
"tapi , kali ni betul-betul ! Aku boleh nampak future aku daripada mata dia ," balas Jimin . Wajah ketatnya masih dikekalkan.
"pfft , kau fikir kau siapa? Bomoh?"
"ish , hyung ni ! Supportlah aku !" Jimin terus keluar daripada bilik pejabat peribadi Hoseok , merajuk akan reaksi rakannya yang memang no jams.
♥♡♥
Udara pagi yang nyaman aku hirup. Aku bercadang untuk hiatus sekejap daripada bisnes tisu aku , semuanya akibat lelaki kaya yang perangai tak serupa bikin tu. Ugh.
Hanbin yang baru keluar daripada dorm itu aku jeling. Lembab betul bersiap dia ni , kalah aku. Katanya kena pakai sunscreen bagai , tolonglah. Bukannya lama sangat pun kena matahari.
" Maaflah lambat. Sunscreen aku habis. Aku terpaksa mengorat dengan mak cik sebelah rumah untuk dapatkan sunscreen dia," ucap Hanbin yang masih lagi termengah-mengah. Entah apa penat sangat . Padahal aku tak adalah jauh sangat daripada dia.
" bijaklah kau ni Hanbin. Tak nak jadi ejen bisnes tisu aku ke? Nanti kau dapat gaji , masyuk sikit. Dapatlah setakat nak beli sunscreen ,"
Aku dengan liciknya mula nak memanipulasikan Hanbin. Nanti bila aku ada orang bawahan , dapatlah aku cuti sakan. Bos kan.
"tak nak . Jatuh saham aku sebagai lelaki terhensem Gwancheon nanti," balas Hanbin sambil menjelirkan lidahnya kepadaku.
Jahanam betul budak ni.
"Gwancheon jelah , kan? Bukan dunia pun. Kau tak dapat kalahkan kehenseman abe W aku yang dapat tempat pertama-"
"tak habis-habis dengan W kau tu ! Menyampah acik !" Hanbin mempercepatkan langkahnya. Dia mencekak pingangnya persis makcik jual sayur.
Nak buat macam mana Hanbin, betul apa cakap aku. Kau tak dapat kalahkan kehenseman W yang daripada grup Behind The Scene yang didebutkan di bawah syarikat Big Shit.
"Han Rena , kau bawa duit kan?" tanya Hanbin tiba-tiba. Aku hanya menjelingnya .
Dia ni nak pokaikan akulah ni.
"kau nak apa ?" tanyaku dingin. Aku terus memeluk tubuhku sambil memandangnya slack.
"jom pergi panggung wayang !" ajaknya. Hanbin menayangkan wajah cerianya kepadaku.
"boleh boleh , tapi ada satu syarat." aku mula senyum nakal kepadanya.
Aku boleh nampak Hanbin mula gelabah. Pfft , siapa suruh kau berkawan dengan aku ? *gelak jahat*
"kau kena goda makcik sebelah rumah sampai dia ajak couple dengan kau ,"
"what the fuck?!"
YOU ARE READING
Cinta si tahi hidung masin • jhs
Fanfiction"Encik , takkanlah tisu 50 sen pun tak mampu nak beli ? Encik pakai Ferrari kot , baju jenama luar negara--" - Han Rena "baik kau diam sebelum aku campak kau daripada tingkat tiga ni," - Jung Hoseok coming soon © taehyuntext [ semua yini terjadi dis...