HOSEOK mengurut kepalanya yang berdenyut-denyut. Matanya yang mengantuk itu direhatkan sebentar.
Sudah tiga hari dia tak balik rumah , tiga hari itu jugalah dia tak tidur. Katanya jimat baju , kos minyak , bil elektrik. Kerja juga jalan. Duit masyuk . Inilah rutin harian Hoseok.
" hoi Hoseok anak Jung !" panggil Jimin yang membawa sepaket Panadol di tangan.
Iyalah , anda fikir Hoseok ada masa untuk sakit kepala?
"aku tak habis-habis jadi khadam kau. Nah , ni panadol. Lepas ni balik sajalah rumah . Tak payah stay dah. Bau kalau wangi tak apa , ni bau kepam macam stokin budak tingkatan 1," bebel Jimin panjang lebar tanpa mengambil nafas. Rapper gitu.
"aku banyak lagilah kerja Jimin," balas Hoseok lemah. Lemah dia tu dah macam nak mati pucuk . Eh--
"banyak kerja ? Hello --- kau ni CEO ke siapa sekarang ni? Nilah masa kau nak buli pekerja baru ! Baik sangat buat apa ! Nanti naik kepala ! Ish . Bagi aku jelah settlekan ! Bongok punya orang tua."
Bukan Hoseok seorang saja , aku pun rasa Jimin datang bulan.
"thanks Jimin," Hoseok segera keluar daripada pejabatnya.
Sepanjang perjalanan nak ke kereta , semua mata tertumpu pada Hoseok. Bukan sebab dia bos , tapi sebab bau badan yang menusuk kalbu auch ---
" bos," sapa mereka dan menunduk hormat. Hoseok hanya mengangguk dengan wajah statiknya dan meninggalkan pejabat itu.
"barulah aku tahu kenapa bos single lagi ! Bau macam kandang kerbau , patutlah semua perempuan tak tahan," umpat salah seorang pekerja bawahan yang sedang tunggu dokumen habis fotostat.
"mana ada kandang kerbau ! Tu bau bunga tahi ayamlah. Tak kenal ke?"
" janganlah weh ! Terhina bunga tu disamakan dengan ketiak hapak bos,"
Tiba-tiba , seseorang menghentak mesin fotostat itu dengan kuat. Wajahnya mula menyeringai.
"kau tak payah nak membawang sangat eh? Sedar tak gaji tu cukup untuk bayar makanan kucing je? Buat kerjalah ! Lembab ! Siput lagi cepat daripada kau !" Jimin mula menengking pekerja tersebut.
"biar ketiak busuk asalkan hati tak busuk ! Pergh Jimin, burn Jimin burn !" tambah Jimin dan meninggalkan pekerja tersebut yang sudah terkulat-kulat.
Tahu takut.
♥♡♥
" Rena , kau dah jumpa ke kerja baru ?" tanya Hanbin sambil menyuapkan jajangmyeon ke dalam mulutnya.
Rena mengangguk . Hanbin hanya membuat bunyi 'hmm' kerana mulutnya yang penuh.
"ey , yakinnya kamu , hebatnya kamuuu" Yunhyeong yang entah daripada mana muncul secara tiba-tiba mula menganjing . Secara automatik, kepala lelaki itu dihempuk secara kejam oleh Hanbin menggunakan chopstick.
"kau nak jadi apa Rena ?" tanya Yunhyeong.
Suapan Rena terhenti. Dia terus meletakkan sudu ke dalam mangkuk kembali.
"aku jumpa . Tak cakap nak. Memang tak ada kerja yang ideal untuk aku. Aku dah periksa , ada dua saja yang aku boleh buat. Driver dengan train driver. Masalahnya , train driver tu jauh. Dekat Busan. Aku rela pergi Gwangju," balas Rena.
"jadi , esok kau pergi kerjalah ni?"
"malangnya , ya. HUWAAAAAAAAA" raung Rena. Yunhyeong dan Hanbin berjoget-joget seperti ketam hisap gam. Selepas ni, dapatlah mereka buat parti bujang.
YOU ARE READING
Cinta si tahi hidung masin • jhs
Fanfiction"Encik , takkanlah tisu 50 sen pun tak mampu nak beli ? Encik pakai Ferrari kot , baju jenama luar negara--" - Han Rena "baik kau diam sebelum aku campak kau daripada tingkat tiga ni," - Jung Hoseok coming soon © taehyuntext [ semua yini terjadi dis...