Your nightmare just started,darling..
Sudah lama dirinya tersedar dari tidur nya itu namun kelibat Ryan mahupun ahli lain tidak kelihatan.
Atau..mereka percayakan Xavier bodoh itu?
Dengan pantas Iv drips itu dicabut kasar sebelum darah mula mengalir dari tangan halus miliknya. Dibiarkan darahnya itu mengalir sebelum kakinya mengatur ke satu tempat.
Daun pintu itu dibuka. Bilik yang sunyi menyapa penglihatannya. Bibir kecil nya mengukir senyuman senget sebelum matanya galak melilau mencari barang yang ingin dicari.
Diambil barang itu sebelum disimpan ke dalam poket seluar hospitalnya. Otaknya ligat mengatur strategi seterusnya. Dia tak mahu terus terusan berada di hospital. Ini tempat paling dirinya benci. Dengan bau ubat ubatan lagi. Ia menyeksakan.
"Eh cik . Awak buat apa kat sini? Bukan ke awak kena duduk dekat dalam wad dan berehat sekarang?"soal doktor praktikal yang merawat Gracelyn dengan muka yang manis. Gracelyn tersenyum manis ke arah doktor berbadan kecil itu.
Buk!
Doktor muda itu jatuh pengsan dek dipukul kuat oleh batang penyapu. Gracelyn tersenyum sinis. Diheret doktor itu ke tandas. Mujur tandas tidak berapa jauh dengan bilik pembedahan.
Dibuka baju doktor itu dan sekarang,dirinya mula bertukar pakaian dengan doktor praktikal itu. Rambutnya disanggul elok sebelum Gracelyn tersengih menyerigai memandang gadis yang terbaring layu itu.
Keluar sahaja dari tandas itu,kakinya terus melangkah menuju ke pintu keluar. Dia memang nak keluar dari hospital ini dan terus kan cari Ryan. Dirinya masih tak percaya Ryan dah mati. Tak mungkin selama ini..yang cuma dilihatnya adalah bayangannya!
"Eh doktor ! Ada sesak nafas kat bilik 12 bahagian kanak kanak Lily. Doktor yang handle patience tu,saya dah cuba call banyak kali but dia tak angkat. Tolong saya,doktor. Dia anak kawan saya. Saya dah anggap dia macam adik saya sendiri"rayu seorang nurse pada Gracelyn. Gracelyn berdecit kecil sebelum dirinya terpandang tag nama doktor tadi.
"Em sorry tapi saya cuma doktor praktikal. Saya tak akan ambil risiko untuk merawat melainkan disuruh. Maaf"kata Gracelyn sebelum terus pergi dari situ,meninggalkan jururawat itu terkulat kulat dengan air mata.
Huh peduli apa?Sampai sahaja ke pintu keluar,Gracelyn membuka langkah seribu meninggalkan kawasan hospital itu. Mahunya kena kejar oleh jururawat tadi.
Gracelyn terus berlari sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju. Matanya dikecilkan mencari mangsa. Dia yakin sasaran nya berada di sini.
YOU ARE READING
Dark Angel
Детектив / Триллер"Aku dah kata..jangan pernah sesekali cari pasal dengan aku.. well,you started it first baby. So let me carry on it" Berjaga jaga! Sekali kau silap langkah Nyawa kau berada di tangan syaitan Yang tak pernah kenal erti kejam Kerna dia lebih kejam d...