Chapter 7

122 6 2
                                    

     "Stop telling me nonsense,Efron Xander. I hate it"kata Gracelyn cukup tegas .

Benci akan kata kata cinta yang baru keluar dari bibir lelaki itu. Memang lelaki ni suka ambil kesempatan ke apa? Mentang mentang dirinya sedang sesak dengan kehidupan dan gangguan mental,dia boleh lakukan apa sahaja!?

"Err.. sorry for that.. em okay carry on with your story,dear"kata Efron, memujuk gadis itu. Tangannya mengenggam tangan gadis itu,seakan merayu.

"Please.. I wanna know about your life.. I tahu you bukan seorang yang bahagia dengan kehidupan you"

"Kenapa you begitu yakin cakap yang I tak bahagia dengan hidup I ?"soal Gracelyn,dingin. Entah mengapa kata kata lelaki tadi membuatkan dirinya meluat. Hilang rasa kagum terhadap lelaki ini tadi!

"I nampak..dalam mata you. Mata yang penuh dengan kekecewaan. Kecelaruan. Penderitaan yang tak boleh digambarkan. Rasa sakit. Perit. Perih. Semuanya ada dalam mata you sendiri,Blue Gracelyn. I nampak sebab I pernah ada apa yang you ada sekarang"ucap Efron perlahan.

"Apa maksud you yang you pernah ada apa yang ada?"kata Gracelyn,pelik. Apa lelaki ini memang suka berkias? Cakap sahaja lah terus terang. Tidakkah lebih senang?

Pantas jejaka kacak itu memandang langit yang kosong tanpa sebarang cahaya bintang itu. Saliva nya ditelan kesat seperti ada batu yang terlekat di halkumnya.

"Trust me,girl. Kisah silam penuh dengan penderitaan bukannya satu sebab untuk kita lemah pada harini. Tapi dengan kisah silam tu lah,kita kena bangkit dan jadi lebih kuat dari sebelum ni. And now it's me,girl. It's me. Seseorang yang pernah terperangkap dalam masa silam. Seseorang yang tak sayang dirinya sebab rasa bodoh atas masa silam"kata lelaki itu sambil tersenyum kelat ke arah gadis itu.

Gracelyn menunduk. Matanya berkaca. Hatinya cukup tersentuh mendengarkan kata kata lelaki itu.

"If that so,how if I am trapped in myself for nowadays?"soal Gracelyn dengan mata yang berkaca.

Lelaki itu terdiam. Seakan memberikan laluan kepada gadis itu untuk bercerita tentang dirinya.

"Dulu,I hidup as family yang sangat bahagia sampai lah abang I kena culik. Polis cari and cari tapi tak jumpa"Gracelyn menarik nafas panjang sebelum dirinya mendongak pada langit. Kepalanya pula disandarkan pada bangku. Fikirannya betul betul serabut tika ini.

"Sampai lah polis sahkan yang abang I dah tak ada. Sebab polis ada jumpa kain baju abang I yang terkoyak berhampiran hutan. Polis sahkan dia kena baham dengan binatang buas mungkin akibat dia cuba lari penculik tu. Lagipun,dekat kain yang terkoyak tu,ada darah"sambung nya lagi.

"Semua orang percaya yang abang I dah tak ada. And then tak sampai sehari,I dapat tahu pula yang mummy dengan daddy kena bunuh. Sedih bukan?"soal Gracelyn sambil ketawa hambar. Efron menunduk. Rasa bersalah menyerbu dirinya.

"Kalau you nak tahu,I still tak percaya sampai sekarang yang abang I dah mati. Sebab mayat abang I tak dibawa balik. Kenapa? Sedangkan mayat mummy dan daddy boleh dibawa balik. And until satu hari,I nampak abang I dengan kawan baik I. Diaorang bercinta."sambung nya lagi

"Kenapa you yakin tu abang you?"soal Efron.

"Sebab muka dia sebiji dengan abang I. Plus,dia ada tahi lalat dekat kelopak mata dia sebelah kanan."jawab Gracelyn sebelum terasa tangannya digenggam erat.

"I dengar. Teruskan"kata Efron,seakan mengalirkan semangat melalui genggaman itu.

"I terus merayu dan merayu pada abang I untuk ingat I. Sebab I terlalu rindu kan dia. Can you imagine that.. after ten years,kitaorang tak jumpa. And then dijumpakan semula tapi dia tak ingat I langsung"lirih Gracelyn. Air mata yang turun,pantas diseka.

"I merayu dan terus merayu. I suruh dia ingat I. I pergi ke syarikat dia. Tapi dia halau I macam kucing kurap. Sampai lah kawan baik I tu,buang I. Sebab dia kata I perempuan murah."

"Tapi I tak mengalah. Sebab bagi I,dia lah satu satu keluarga yang I ada. Dia lah satu satunya tulang belakang yang I ada. I dah tak ada sesiapa masa tu"

"Sampai lah,dia kata kat I yang dia percaya yang I ni adik dia and then dia bawa balik I ke rumah dia."

"Tapi dia tipu I. Dia gunakan I. Dia dera I setiap malam kalau dia tak menang judi. Dia mabuk setiap malam. Dia pukul I tanpa sedikit pun belas kasihan. Tapi dalam masa yang sama,I masih bersyukur yang dia bagi I pergi universiti even dia benci I"

"I yakin dia sayangkan I cuma dia sedikit keliru dengan identiti dia"

"Sampai lah satu hari,dia jual I. Dia kata dia serabut tengok I. Tapi orang yang beli I tu,baik sangat. Diaorang lah jadi abang abang angkat I sekarang"kata Gracelyn sambil tersenyum memandang Efron. Anak anak rambutnya yang berterbangan akibat angin malam,dibiarkan begitu sahaja.

"Until I jatuh cinta dengan seorang abang angkat I,Alex Ryan. Dia baik sangat. Dia prihatin. I sayang sangat dekat dia tapi satu hari,abang kandung I.. entah lah. Harvey kata dia bunuh Ryan. Tapi tu lah..I tak percaya Ryan dah mati"

"Sebab I selalu je nampak Ryan. Ryan selalu ke dating dengan I. Tapi tak ada satu ahli pun percaya yang Ryan masih hidup"

"I memang tak layak bahagia ke,Efron?"lirih Gracelyn sambil mendongak ke langit. Empangan air mata yang dibina sejak tadi,akhirnya pecah jua.

Mutiara mutiara jernih itu mula mengalir laju. Namun sedikit pun Gracelyn tidak kesat. Dia letih dengan kehidupan.

Efron memandang Gracelyn,lama sebelum tangannya memeluk pinggang gadis itu. Kepala gadis itu disembamkan di dadanya. Lantas esakan mula kedengaran.

Tangan Efron mengusap rambut gadis itu lembut.

"Fall your tears if  you want it. Just let them go. Don't trap them for a second. You need to"kata Efron.

"I tt-tak s-sa-sanggup hi-dup ma-macam nn-ni,Efron. I le-le-letih. Penat. Ss-sakit!"esakan mula kedengaran semakin kuat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dark AngelWhere stories live. Discover now