Jungkook: Dark Euphoria

5.1K 724 272
                                        

Violet • Jeon Jungkook

💕

Amaran :

Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.

Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.

Do votes, do komen for more update.

-------------------------

"Pejam mata. Seru namaku. Nescaya kau dapat lihat euphoria yang aku cipta untuk kau seorang, princess."


Jungkook: Dark Euphoria

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Jungkook: Dark Euphoria

-

"Hadap aku dengan keberanian kau."

Bilah pisau yang terhunus di dada ayah tirinya menggoyahkan semangat Seo Yul. Seluruh sendi tubuh badannya bertambah lembik tika telapak tangan Jungkook yang berlumuran darah itu menyentuh batang hidungnya.

Sambil mengukirkan senyuman sumbing, bibir Jungkook mengumam nama 'Violet' seperti satu mantera.

Jasad kaku ayah tiri gadis itu direnungnya penuh semangat. Sudut hujung bibirnya terangkat megah.

"Aku dah tamatkan riwayat orang tua ni. Kau boleh senyum dan bergembira bersama aku sekarang. Puas hati?"soal Jungkook.

Pisau tersebut dihayunkan ke luar tingkap. Automatik lengannya merangkul batang leher Violet lalu tubuh gadis itu ditarik dari lokasi berdarah tersebut.

"S-saya takut. Awak takkan apa-apakan saya kan?"

Jungkook tersenyum girang semula. Matanya memberi isyarat agar Seo Yul berdiam diri. Telapak tangannya menekup mulut gadis itu.

Bisikan bibirnya menjanjikan satu malam yang begitu dahsyat untuk Seo Yul hadap sebagai permulaan kisah hidup mereka.

"Violet, teman aku habiskan malam yang sunyi ini. Aku perlukan hiburan. Kau teman aku sudah cukup bagus. Can you? "Jungkook mempelawa Violet kesayangan hatinya untuk turun menemani dirinya.

Lagipun gadis itu tidak punya siapa-siapa lagi untuk bergantung harap. Wujudnya dia untuk hulurkan pertolongan akan dihargai sebaik mungkin oleh Seo Yul.

Jungkook berlari. Dia juga turut berlari. Kegelapan malam diredah bersama lelaki ganas itu. Doanya cuma satu, dia sangat berharap Jungkook mampu membebaskan dia keluar daripada  derita ini.

-------

[Kelab Malam Mi Casa]

Usai kakiku mendarat di lantai kelab malam ini, Jungkook terus meninggalkan aku sendirian di sini. Kelibat tubuhnya menghilang dalam kawasan yang dipenuhi ramai pengunjung tersebut.

[C] Violet | BTSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang