Permainan bermula : Violet

5.7K 769 349
                                    

Violet • bts

Alat permainan purba yang dihiasi ukiran nama 'Violet' itu mencuit hatiku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alat permainan purba yang dihiasi ukiran nama 'Violet' itu mencuit hatiku. Perlahan-lahan, jemari runcingku merayap di atas permukaan kotak bersaiz sederhana besar tersebut.

Debu-debu halus dikesat laju supaya arahan kecil yang tertera di kotak permainan purba itu dapat dibaca olehku.

"Apa semua ini?"bicara aku sendirian.

Kotak berwarna merah hati itu dibuka lalu iris mataku tertancap pada sesuatu benda yang cukup unik.

Empat kad bersama empat coretan nama yang berbeza antara satu sama lain. Degupan hatiku berdenyut laju tatkala fikiranku ini cuba menghadam bait-bait ayat seruan pada setiap kad tersebut.

"Izinkan kami membawa kau pergi dari dunia yang penuh derita ini. Katakan ya, seru setiap seorang daripada kami. Hanya Violet menjadi keutamaan utama kami semua."bibirku bergerak-gerak mengucap ayat berbaur pertolongan itu.

Bunyi pintu diketuk berulang kali sehingga kedengaran bunyi seperti hendak roboh menggigilkan seluruh tubuh badanku. Aku kesat air mata yang masih setia membasahi kulit pipiku.

"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.

Kotak permainan purba pemberian mendiang ibuku dibawa rapat ke dada. Apabila lenganku bergesel dengan bucu katil, tangisan kecil terhambur jua.

Aku tatap seluruh lengan dan badanku yang semestinya sangat sadis untuk dipandang lama. Luka-luka kecil torehan pisau dan tompokan lebam hasil amukan ayah tiriku kekal terbenam di kulitku.

Sakitnya tidak tertanggung. Aku gagal melawan tindakan kejamnya itu. Kudrat seorang gadis lemah sebesar zarah sahaja jika ingin dibandingkan dengan susuk tubuh gempal serta tinggi ayah tiriku itu.

"Aku bersumpah kau lunyai kena belasah dengan aku jika degil tak habis-habis. Ayah buka pintu ya anakku?"

Aku diserang rasa panik. Cukuplah seksaan pada petang semalam. Sakit lama belum surut. Ada hati nak tambah parut baru kepada aku?

"A-aku serahkan diri kepada kalian semua. Aku tawarkan untuk jadi Violet. Take me away from this cruel world. Tolong aku..please."

Bunyi kunci dimasukkan dalam lubang pintu mencemaskan pendirian aku. Aku genggam kad tertera nama seorang lelaki dengan bait-bait mantera penyeru kehadiran si dia.

"J-jeon Jungkook, aku mahu hanyut dalam euphoria ciptaan kau. Take me now. "

Deruan angin menyapa lembut sisi pipiku. Kelopak mataku seakan dibuai satu perasaan mendamaikan sehingga keadaan sekeliling bertukar gelap.

Hembusan nafas seorang lelaki menyebabkan bibirku bergetar hebat.

Jeon Jungkook, kau orang yang baik-baik sahaja kan?

[C] Violet | BTSWhere stories live. Discover now