Jimin: Bad Teacher

4.9K 695 274
                                        


Violet • bts

💕

Amaran :

Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.

Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.

Reminder: Setiap kali Seo Yul (Violet) bertemu hero yang baru. Situasi akan bertukar ke asal semula. Dia akan berada di dalam situasi mencemaskan (Ayah tiri dia ancam keselamatan dirinya). So, dia akan guna kad permainan Violet untuk selamatkan diri. Faham kan?

Do votes, do komen for more update.

-----------------------------

"Hey, Violet. Hulurkan tangan. Akan ku bawa kau pergi daripada kesengsaraan dunia yang sementara ini."

Park Jimin : Bad Teacher

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Park Jimin : Bad Teacher

----------

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu dari arah luar bilik mengejutkan aku. Spontan mataku melihat semula kad permainan Violet yang pertama tersebut.

Nama lelaki merbahaya dan agresif itu bertukar dakwat daripada hitam kepada merah pekat. Ditambah pula dengan ukiran perkataan 'Mi Amore' di bawah namanya.

"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.

Fikiranku cepat memproses perkara aneh yang berlaku pada saat genting ini. Kad kedua permainan Violet aku tenung lama. Satu perasaan teruja mengambil tempat di dalam hati lalu aku menggerakkan lidahku agar mantera penyeru itu dilafazkan tanpa sebarang masalah.

Bunyi pintu diketuk seperti mahu roboh menyembah lantai menyebabkan bulu roma sendiri mencanak tajam. Sukar bagiku mengusir rasa takut terhadap perlakuan kejam ayah tiriku.

Kegelapan malam dijeling sekilas dari arah luar tingkap. Kad kedua yang terpamer nama 'Park Jimin' digenggam kuat. Kelopak mataku terpejam rapat.

Dugeun. Dugeun.

Degupan jantung terkeluar dari landasan paras normal. Mulutku terkumat-kamit menyeru kemunculan si dia.

"Sambut huluran tanganku. Tarik aku masuk ke dalam fantasi indah ciptaan kau, Park Jimin."seru aku berlapikkan nada berbisik.

[C] Violet | BTSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang