Kim Taehyung: Sexy Namja

3.3K 529 226
                                    

Violet • bts

💕

Amaran :

Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.

Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.

Reminder: Setiap kali Seo Yul (Violet) bertemu hero yang baru. Situasi akan bertukar ke asal semula. Dia akan berada di dalam situasi mencemaskan (Ayah tiri dia ancam keselamatan dirinya). So, dia akan guna kad permainan Violet untuk selamatkan diri. Faham kan?

Do votes, do komen for more update.

-----------------------------

"Tiada duka. Hanya kebahagiaan yang menyusul jika kau sambut kehadiran aku ke dalam hati kau."

Kim Taehyung : Sexy Namja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kim Taehyung : Sexy Namja

---------

Nafas ditarik dalam. Aku memeluk tubuhku yang menggigil takut. Suara tempikan ayah tiriku bergema kuat dan lantang di luar bilik.

Pada saat genting itu, aku yakin aku perlu melarikan diri untuk kali keempat. Kotak permainan Violet diselongkar rakus.

Jemariku gelabah mencari saki-baki kad yang terakhir. Bebola mataku terhenti pada sekeping kad tertera nama Kim Taehyung.

"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.

Kad terakhir permainan Violet aku tenung lama. Aku menggerakkan lidahku agar mantera penyeru itu dilafazkan dengan pantas.

Kalau aku ralit sedikit, memang nyawaku akan tamat di tangan lelaki durjana itu.

Bunyi pintu diketuk seperti mahu roboh menyembah lantai menyebabkan bulu roma sendiri mencanak tajam. Sukar bagiku mengusir rasa takut terhadap perlakuan kejam ayah tiriku.

Kad tersebut digenggam telapak tanganku yang berpeluh resah. Sambil menangis kecil, aku menyeru nama lelaki asing tersebut.

Berkali-kali nama itu dilafaz sehingga tubuhku terjelepuk ke atas lantai. Pandangan sekitar mulai gelap lalu aku hanyut sekali lagi dalam fantasi indah tersebut.

-------

Ibu jari seseorang ditekan lembut di bawah dagu gadis malang itu. Sudut hujung bibirnya tersenyum sumbing.

[C] Violet | BTSWhere stories live. Discover now