Bab 8

251 7 2
                                    

Pukul 10.00 pagi Fareel dah terpacak depan pintu pagar. Sambil peluk tubuh tunggu aku keluar. Muka mamat tu kosong tak ada perasaan. Huh, mujur handsome tu ada jugak.  

Mami suruh aku dengan Fareel pergi fitting baju nikah kat kedai Untie Anne. Mami kata, sekali imbas tengok size badan Fareel, macam tak jauh beza sangat dengan Rafael. Rasa macam boleh muat baju yang Untie Anne buat untuk Rafael tu. Kalau okay yang itu, mami suruh ambik bawak balik siap-siap. Hari ni je yang tinggal untuk complete segala persiapan. Kalau tak sesuai baju tu dengan Fareel, terpaksalah dia bedal baju mana yang okay.

Aku ikutkan je arahan mami. Mujur Fareel pun tak bantah bila aku kata mami suruh pergi fitting baju kat kedai Untie Anne. Kalau tak, lagi tambah serabut aku.

"Hoi."

Fareel bersuara, memecah kesunyian antara kami. Mendatar suaranya.

Aku tahu dia panggil aku. Sengaja aku buat pekak. Sakit hati jugak bila dia sapa aku macam tu. Macamlah aku tak ada nama. Elok-elok mami dedi letak nama aku Fia Zinnirah. Dia 'hoi' kan je aku.

"Hoi. Dah pekak ke?"

Sekali lagi dia menyapa. Nada start meninggi. Aku pura-pura tengok luar tingkap kereta. Berpaling muka dari dia. Masih buat tak dengar.

"Kau tengok apa pulak kat luar tu? Aku panggil kau buat derk je ye." Dia bertanya lagi. Kali ini dia cuit bahu aku.

Aku toleh semula ke arah Fareel. Jungkit kening sambil perhati dia. Dahi aku berlapis. Buat-buat hairan.

"Eh, awak cakap dengan saya?" Aku bantai soalan tu kat dia. Geram!

Dia mendengus. Bunyi macam sakit hati pun ada. Aku dah nak tergelak sebenarnya. Tahu pun mamat tu terasa! Tapi aku tahan. Kang kalau lepas gelak, kena tinggal pulak aku tepi jalan. Hati budi dia bukan aku kenal pun lagi.

"Ada lagi ke manusia lain dalam kereta aku ni selain kau?"

Aku juih bibir. Siap jungkit bahu. Lepas tu pandangan aku luruskan ke depan semula. Malas nak gaduh lebih-lebih. Buatnya mamat ni tukar fikiran tak jadi nikah dengan aku esok, haru biru!

"Surat perjanjian syarat aku cakap semalam tu, aku dah siapkan."

Sambil memandu, Fareel sendengkan tubuh dia hampir dengan aku, mahu mengambil sesuatu di belakang poket kusyen yang aku duduk. Aroma minyak wangi yang dia pakai begitu kuat menyapa hidungku. Tapi kali ini baunya lain. Bukan yang bau busuk macam semalam tu! Kali ni baunya wangi. Wangi memikat hati! Sempat aku pejam mata, menikmati bau wangi dia tu.

Fareel letak sekeping sampul coklat size A4 atas peha aku. Melayang khayalan aku dek terkejut. Mata terus dibuka semula. Mencerun pada sampul surat coklat tersebut.

Aku ambil sampul surat coklat tersebut. Isi di dalamnya aku keluarkan.

"Baca dengan teliti. Lepas tu sign. Then bagi aku balik!" Ujarnya nada mengarah.

Aku hembus keluh. Catatan yang ada di atas beberapa keping kertas putih di tangan aku, aku amati. Satu persatu syarat-syarat yang dia sebut, aku baca.

Sampai di syarat nombor 6, aku senyum segaris.

"Perkahwinan kita hanya untuk tempoh 365 hari sahaja. Selepas tempoh itu, kau dan aku bawa haluan masing-masing atau dalam erti kata sebenar, bercerai."

Aku baca dalam nada mendatar syarat nombor 6 itu. Tanpa sedar, aku mengeluh selepas itu.

Aku perasan dari ekor mata, dia perhati aku.

Selepas 365 hari, kami akan bercerai. Bermakna aku pegang status 'J', dia pulak status 'D'. Entah macam mana keadaan kami ketika itu.

365 hari hidup sebumbung, berkongsi macam-macam hal walau kami bersatu bukan atas kehendak cinta yang mengikat kami. Aku takut satu benda. Kenangan! Kenangan 365 hari yang kami lalui itu akan merantai aku.

"Berat ke syarat aku?" Dia bertanya selepas beberapa minit aku terpaku pada kertas-kertas di tanganku itu.

Aku panggung kepala. Pandang dia sekilas. Selepas itu aku selongkar tas tangan aku. Cari pen. Jumpa pen yang dicari, tak tunggu lama, aku turunkan tandatangan pada ruang yang disediakan. Siap tandangan dan simpan balik borang tu dalam sampul tadi, aku letak sampul tu atas peha dia.

"Siap." Ujarku sepatah.

Ini jalan aku. Ini pilihan yang tinggal buat aku. Aku yakin ada yang terbaik Allah sediakan untuk aku sebenarnya. Syarat perjanjian yang Fareel letak, itu sekadar syarat dia. Jodoh pertemuan, ajal maut Allah yang tentukan.

Aku kena tunggu sampai esok. Esok belum pasti apa akan berlaku. Belum pasti berlakunya majlis akad nikah tu sebagaimana kami plan. Andai berjalan lancar majlis tu esok seperti mana yang dirancang, bermakna itulah yang Allah dah atur. Dia restu. Dan aku kena berjuang pertahankan apa yang Allah dah beri kepada aku.

Cinta Versi DiaWhere stories live. Discover now