Rakan Baru

829 72 13
                                    

"Sekarang ni, mana Adlin? Kelas dah nak start" tanya Erin.

Kelihatan sebuah kereta datang ke arah universiti dengan laju.

Skreeeetttt

Kereta itu masuk ke dalam tempat letak kereta dengan cara drift.

(lebih kurang macam ni la)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(lebih kurang macam ni la)


Reaksi muka mereka bertiga bagaikan saitama dari One Punch Man.

"Aku syak ni Hyunjin" kata Hannah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aku syak ni Hyunjin" kata Hannah.

"Dah la cara dia berhenti sampai boleh buat drift" kata Sofi.

"Kereta myvi pun boleh buat racing wei" kata Erin.

Adlin dan Hyunjin keluar dari kereta mereka.

Kami bertiga masih melihat muka Adlin dan Hyunjin dengan reaksi yang sama.

"Eh korang kenapa buat muka 10 sen? "

"Tadi tu... Hyunjin yang bawak ke?" tanya Hannah.

"Yep"

"Kau... Tak takut ke?" tanya Erin.

"Aku rasa macam malaikat maut kat sebelah aku je. Aku istighfar je dari tadi"

Kami bertiga menoleh ke arah Hyunjin.

"Minah tu yang lambat. Aku dah suruh cepat kalau tak aku pecut, dia tak percaya. Nak bukti katanya"

"Masalahnya tolong la cermat sikit bawak. Kalau kau terlanggar nenek tua tengah melintas, terbang melayang nenek tu ke bulan" kata Erin.

"Salahkan minah tu la"

"Heh, aku pulak kan"

"Dah kau yang lambat, kenapa aku pulak yang salah?"

"Kadang-kadang aku tak percaya yang kau ni kerja model, Hyunjin." kata Sofi.

"Ta-"

"HYUNJIN!!!!!!!"

SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK 2 [✔️]Where stories live. Discover now