Permulaan Malang // pt.4

741 61 7
                                    

"Okay itu sahaja kelas kita untuk malam ni" kata Mr. Abdullah mengemas barangnya.

"Huarghhhh. Penat giler siot." kata Arie.

"Itulah padahnya tidur dalam kelas" kata Mr. Abdullah.

Arie mengeluh berat.

Erin hanya mengemas barangnya.

"Kau palau aku eh" kata Arie memukul lengan Erin.

"Aku ngantuk la, penat pulak tu. Aku nak balik. Dah larut malam kan"

"Ek eleh kau, alasan je lebih"

"Dah la, aku nak balik. Aku rindu bae aku kat rumah"

"Tapi kot ye pun-"

Erin segera bangun dan meninggalkan kelas.

"Dasar kuceng"

Erin segera berjalan ke arah motornya dan menunggang pulang ke rumah.

"Huarghhh penatnya aku harini. Aku nak balik.. Tidur... Depakan tangan. Uish, sedapnya rasa. Eh tak boleh, ada Felix. Ada jugak orang kene taekwondo dengan aku masa tidur nanti" monolog Erin semasa menunggang motor.

WEOONGGG

WIUNGGGG

"Aish mat rempit ni kan, kacau mood aku je la nak berangan balik rumah nanti. Bising pulak tu" bebel Erin.

Kelihatan banyak lampu motor terpancar di cermin sisi motor Erin.

"Aduhai... Aku dah la penat, main lampu pulak belakang ni. Ada jugak aku pusing lompat atas dia mati katak kat situ jugak kang.." geram Erin.

Pin Pin!! Pin Pin!!

"WOUWH CIK ADIK!! TAKNAK LEPAK DENGAN KITORANG DULU KE" jerit seorang lelaki berada di sebelah kanan Erin.

"ALA!! RILEKS LA CIK ADIK!! BELUM LARUT MALAM LAGI!!" kata lagi salah seorang dari mereka berada di kiri Erin.

Erin berasa tidak selesa dan memecut ke hadapan untuk melarikan diri.

Tiba-tiba sebuah motor Ducati berhenti di hadapan Erin.

"Ya ALLAH!!!"

Erin terkejut dan sempat memberhentikan motornya dengan membuat drift di hadapan motor itu.

"Oh wow, dah pandai drift nampak?" tanya seorang lelaki yang memaki helmet penuh.

"Korang nak apa ha sebenarnya?" tegas Erin.

"Tsk tsk tsk, cik Erin. Cik Erin tak sepatutnya buat macam tu dekat bos kitorang tau" kata salah seorang daripada mereka.

"Kau ni menyibuk apahal?" kata Erin segera menoleh ke arah seseorang tersebut.

"Wei, dia tak kenal kita la"

"Kita nak kene bukak helmet ke?"

"Tanya bos dulu~"

Mereka memandang ke arah ketuanya.

Dan ketuanya segera menanggalkan helemetnya. Mata Erin terbeliak.

"K-k-kau..." kata Erin dengan ketakutan.

"Yes, you're ex boyfriend. Kim Min Seok"

"Atau lebih dikenali, Xiumin."

Erin mula geram.

"KAU NAK APA?!" jerit Erin.

"Wow, berlakon ganas nampak?"

SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK 2 [✔️]Where stories live. Discover now