Sofi & Erin

714 56 4
                                    

Selesai berbual

"Terima kasih sangat-sangat Changbin dengan Han, bawak balik Chan" kata Sofi menundukkan kepalanya.

"Ehh no problem laa. Lagipun kau paling rapat dengan kitorang, isteri Chan pulak tu." kata Han.

"Jadi, kitorang balik dorm dulu ye Sofi, jaga Chan baik-baik"

"Okeyh" balas Sofi dengan ceria.

Changbin tersenyum dan membawa Han keluar dari rumah Sofi.

Sofi mengemas makanan dan minuman di ruang tamu. Selesai kemas, dia masuk ke bilik untuk memeriksa Chan.

Kelihatan Chan berpakaian kemeja putih lengan panjang yang dilipat sehingga ke sikunya dan rambutnya yang masih berwarna blonde serabai.

"Haih Chan, jangan la kerja keras sangat. Kan dah buat orang risau" kata Sofi.

Sofi duduk di tepi katil.

"Aku lupa pasal rambut dia, nanti aku buatlah" kata Sofi membelai kepala Chan.

"Eh..."

Sofi merasa rambut Chan dibasahi dengan peluh.

"Chan???" tanya Sofi dengan risau.

Sofi baru perasan bahawa satu badan Chan berpeluh. Nafas Chan juga tercungap-cungap.

Sofi memegang dahi Chan.

"Panas!!.." monolog Sofi.

Sofi segera pergi ke peti ais mengambil cool fever lalu meletakkan di dahi Chan.

Chan terkejut dengan kesejukan cool fever. Matanya terbuka sedikit dan melihat ke arah Sofi.

"Fuhh. Nasib awak sedar. Ah kejap kejap, saya pergi keluar kejap"

Chan melihat Sofi keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian, Sofi kembali dengan mangkuk plastik yang mempunyai air dan tuala di dalamnya.

Sofi mencapai butang baju Chan tetapi dia berhenti seketika.

"Eh, aku tak sepatutnya buat macam ni" monolog Sofi.

Chan memegang tangan Sofi.

"Bukak... Je..." kata Chan dengan tercungap-cungap.

Mata Sofi terkebil-kebil.

"B-baik..."

Sofi membuka satu persatu butang baju Chan.

"Cepat... Panas..." kata Chan.

"EH- eOh- um. Sabar!!" kata Sofi dengan serabut.

Sofi membuka butang baju Chan hingga dadanya.

"Nasiblah aku dah biasa nampak badan kau bila tidur" monolog Sofi.

Sofi mengambil tuala basah dan memerah air lebihan dari tuala itu. Dia mengelap dari leher hingga dada Chan.

Chan hanya baring mendongakkan kepalanya dengan mata tertutup.

Sofi melihat Chan dengan risau.

Selesai lap dada Chan, Sofi hendak bangun dari katilnya. Tetapi Chan menahan tangan Sofi.

Sofi melihat Chan dengan pelik.

"Satu badan... Saya... Tak... Se..lesa... Boleh a...wak... Lap...?" tanya Chan dengan tercungap-cungap.

"Mamat ni tak mandi ke dari tadi?" monolog Sofi lalu mengeluh.

Sofi tiada pilihan jadi dia membuka semua butang baju Chan.

SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK 2 [✔️]Where stories live. Discover now