tak tahu nak letak apa

594 54 0
                                    

Sofi hanya menahan dagunya di tapak tangannya dengan siku yang berada di atas meja.

"Haih... Nasib la aku dapat cabut dari Erin harini. Kalau tak, melayang duit akuu" kata Felix.

"Aku pun sama, dulu masa dengan Hannah tu. Berapa banyak duit aku terbang sebab dia, heh. Nasiblah ada Sofi ni" kata Jinyoung.

"Kalau aku, Adlin habis duit aku tak bagi duit. Sebab aku dah bagi dia duit."

"Wah, selambanya hidup kau" kata Sofi, Felix dan Jinyoung.

"Itulah. Bila aku lepak dengan diorang masa anak dara dulu. Duit aku la yang selalu terbang... Macam bank atm wei" kata Sofi.

"Kitorang faham perasaan kau Sofi" kata mereka bertiga.

Sofi hanya tertawa dan dia perasaan bahawa seseorang cuba mengambil gambar mereka berempat.

Sofi menoleh ke arah Felix di sebelahnya.

"Wei, ada fans cuba ambik gambar kita la" bisik Sofi.

"Ha serius la? Mana?" tanya Felix.

Felix mencari seseorang itu dan perempuan itu perasan akan Felix. Dia mula lari dari tempatnya.

"Ah... Perempuan tu lagi..." monolog Felix.

"Haih penat la macam ni... Apa yang diorang tak puas hati dengan aku?" keluh Sofi.

"Aku pun perasan cerita kau dengan twitter. Hmph, koreaboo memang sengaja taknak bagi orang gembira" kata Hyunjin.

"Pasal kau diorang taknak heboh pulak?" kata Sofi.

"Dah heboh dari minah Momoland tu...." monolog Hyunjin dengan geram.

"Okay sekarang ni mana pergi betina betina ni? Aku pulak yang risau" kata Jinyoung.

"Rileks, diorang akan call kalau tak jumpa. Takpun diorang akan jumpa sen-" ayat Sofi dipotong.

"Sofi!! Jinyoung!!" panggil Hannah

"Felix!!" panggil Erin

"Galah Hyunjin!!" panggil Adlin.

"Ha, baru je cakap" kata Sofi.

"Korang pergi mana ha sampai boleh berpecah ni??" tanya Erin.

"Kitorang jalan je, engkau yang menghilang" balas Sofi.

"Lepastu kau dah la sorang je perempuan. Apa orang cakap nanti??" tanya Hannah.

"Okay la tu, dia la perempuan yang kitorang nak. Jenis tak membazirkan duit" puji Felix.

"Felix...." panggil Erin.

"K-kau jangan melebih Felix, k-kau kan suami d-dia" kata Sofi dengan risau.

"Biar, biarkan dia. Dia merajuk aku taknak hantar dia pergi Uni" balas Felix.

"Oh ha'ah ek? Apa yang aku perasan kan. Sofi la jenis yang tak pernah gaduh dengan keluarga dengan suami dia" kata Hannah.

"Ehhh, kenapa pulak?" tanya Sofi.

"Iyelah, kau tak ingat ke masa adik kau datang rumah kita masatu? Asyik nak berkepit dengan kau je" kata Hannah.

"Dapat suami pun jenis berkepit jugak" kata Adlin.

Sofi hanya tertawa.

"Macam hidup dia ni aman je. Felix, cuba la buat life macam Bangchan" kata Erin.

"Ha kau pun sama galah, tak payah asyik gaduh dengan aku je" marah Adlin.

"Aku, nanti aku ceramah kat Lee Know dekat rumah." kata Hannah.

SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK 2 [✔️]Where stories live. Discover now