Pak pak pak!
Aku menoleh ke arah bunyi tapak kasut tinggi tu. Lahai minah ni..
"Selowww la sikit Jemah. Tak lari mana restoran tu." Aku menggeleng. Lapar sangat ke apa minah ni?
Sekarang lunch hour, Leha dengan bersungguh-sungguh nak ke jamban sebelum jalan tadi. Nak terkucil katanya.
Lapar sangat kot minah ni sampai berlari-lari bagai.
"Tahu la." Dia mencebik lalu sambung berlari anak ke arahku.
Sia-sia aku cakap tadi. Bagai menadah air ke daun keladi. Eh. Macam lain je bunyi peribahasa aku tu. Lantak ah!
"Eh.. Dan mana?" Soal Leha sebaik sahaja dia berdiri di sampingku.
Eh? Ha-ah lah. Mana Daniel?
Ting! Bunyi pintu lif terbuka. Bagai ada telepati, serentak aku dan Leha melihat ke arah lif.
Terpacul wajah suram seseorang. Matanya melilau sekeliling. Mencari seseorang. Atau dua orang?
"Hoi! Sampai hati kan korang tinggalkan aku!" Gila tak kuat intonasi suara dia. Nasib lah zon ni bukan zon senyap.
Daniel buat muka sedih seraya menapak ke arah kami.
"Sentap ke? Alah. Sorry lah, bukan sengaja." Aku berbasa basi.
"Ha-ah. Lagipun, kau yang lambat." Sahut Leha.
"Ish! Bos baru kesayangan kau tulha! Dah lunch hour pun, sibuk nak tanya itu ini. Tak boleh tanya esok ke apa?" Bebel Daniel.
"Apa benda yang dia nak tahu sangat tu?" Soal Leha.
Aku berdehem laju. "Girls, hakak abang bawang sekelian, I ni lapar. Nak makan. So why don't nanti je kita membawang? Okay, let's go." Laju aku tarik lengan Leha dan Daniel.
Rela diri mereka ditarik bak sampah. Eh.. Huhu kalau diorang dengar, mampus aku ni. Akhirnya, sampai pun kami di tempat makan. Lapar bak hang!
Meja kosong dihujung restoran menjadi pilihan. Leha duduk di kerusi hadapanku dan Daniel duduk di kerusi sebelahnya.
Sampai je pelayan perempuan kat meja kami, aku dengan segera memesan makanan dan minuman. Seperti biasa hendaknya. Huhu..
"Haa..apa benda yang Sir hensem tu tanya kat kau?" Sebaik sahaja pelayan perempuan tu pergi, muncul soalan dari mulut si Jemah ni.
"Semua la. Dia tanya pasal financial statement syarikat. Benda-benda yang sepatutnya dia tnya kat P.A dia ni." Aku rasa wajah cantikku dijeling tajam.
"Eh eh. Dia yang panggil kau, bukan aku. Jadi salahkan bos baru kesayangan korang, bukan aku. Got it?" Aku memberi idea bernas. Betul la. Dah bukan salah aku.
Tapi asal mamat tu tak tanya aku je? Aku kan P.A dia. Timbul gak la soalan tu kat dalam hati aku.
"Assalamualaikum. Umpat I ke?" Suara tu.
Leha dah kejung tapi masih pasang senyum gedik dia. Daniel pula dah buat-buat senyum. Boleh nampak riak terkejut dia.
Aku? Mak aii.. Bala apa lagi kali ni?
"Assalamualaikum?" Ucapnya sekali lagi.
Daniel jawab salamnya perlahan. Begitu juga dengan aku dan Leha.
"Boleh I join sekali? Semua meja dah full." Kerusi sebelahku di tarik. Dia melabuhkan punggung di situ.
Dengan laju, mataku menjeling tajam ke arahnya. Belum approve dah duduk. Baik tak payah tanya!
YOU ARE READING
My Weird Man
RandomNot a cliché story. Not even a romantic story (maybe?) Its just.. A fun story Happy reading guys! ................................................................. Datangnya tak diundang, Perginya tak dihantar, Cerita hantu? Tak. Ni bukan cerita ha...