Aku meletakkan beg tangan di atas meja. Hari ni hari isnin, patutnya aku semangat masuk kerja macam selalu tapi entahlah, aku rasa lain.
Rasa yang susah untuk aku tafsir.
"Good morning Nurul." Sapa Mak Imah. Mak cik cleaner yang boleh tahan rapat dengan aku.
"Yo. Good morning Mak Mah." Sapaku balik. Aku dengan Mak Imah ni memang kamceng. Tiga tahun aku kerja kat sini, tiga tahun tu juga la panjangnya persahabatan kami.
Masa aku mula mula kerja dulu, dia lah kawan pertama aku.
"Kenapa muka monyok ni? Ada masalah ke? Selalunya Nurul yang paling ceria sekali kalau hari isnin macam ni ni." Mak Imah beriak risau.
Aku menghulur senyum. "Takde apa lah Mak Mah." Jawabku.
Mak Imah mengangguk. "Ah kalau Nurul nak kopi ke apa, bagitahu Mak Mah. Nanti Mak Mah buatkan." Pelawanya.
Laju aku menggeleng. "Eh, takpe Mak Mah. Kalau Nurul nak, nanti pandailah Nurul bangkit sendiri. Lagipun, Nurul tak rasa nak minum lagi." Tolakku.
"Betul ni?"
Aku angguk.
"Oklah, kalau macam tu. Mak Mah banyak kerja nak buat ni. Mak Mah pergi dulu ye. Chiao." Amboi, Mak Mah.
Aku tertawa kecil seraya melihatnya berlalu dari situ. Kepalaku geleng perlahan. Rock punya Mak Mah!
Aku menghidupkan komputer lalu mula menyibukkan diri dengan kerja aku yang boleh tahan berlambak ni.
Sejam, dua jam, tiga jam. Aku berhenti. Tengkuk yang terasa lenguh aku tolehkan ke kiri dan ke kanan.
Huuuu... Lenguh mak aiii.
Jam tangan ku tatap. 11.15 am. Sejam lagi baru lunch hour. Tapi kerja aku dah siapkan. Laju gak aku buat. Ceh. Riak kejap.
"Weh, Nurul." Aku angkat kepala.
"Yes, Lehaku sayang. Nak apa?" Leha. Kaki gosip kat dalam pejabat ni. Tak silap aku, tempat dia jauh dari tempat aku ni.
Rajin benar kemari. Ada cite sensasi ke apa?
"Nak jaja bawang goreng ni. Hangit kau!" Mula dah si Leha ni. Hakak bawang yang paling bawang!
Aku buat muka biasa biasa. Poker face kata orang.
"Apa lagi kau ni. Office hour belum habis lagi tau. Dah sana. Nanti masa lunch kita goreng. Amacam?" Saranku. Nanti tak berkat duit gaji aku. Membawang masa kau kerja, tak ke lain tu?
Aku tak peduli apa orang lain nak kata, tapi bagi aku. Kalau tengah kerja kena buat betul-betul, tak boleh mengelat sedikit pun. Kang, tak berkat duit gaji aku. Dua kali dah aku sebut ni.
Lagipun, aku takde minat mana pun kat benda-benda gosip macam ni. Bukan hal aku, peduli apa.
Leha mencebik tak puas hati. "Ish, yelah yelah. Lunch sesama tau?"
Aku mengangguk. "Ya ya ya ya ya." Dan dengan itu, Leha pun beredar ke tempatnya semula.
--------------------------------------------------------------
Lunch hour. Leha menarik tanganku laju sebaik sahaja kami keluar dari lif. Daniel membontoti kami dari belakang."Oi Mak Jemah, Mak Timah. Perlahan la sikit langkah tu. Tahu lah kebulur. Tak lari lah restoran tu." Jerit Daniel yang sudah jauh ketinggalan di belakang.
Aku melihatnya sekilas. Lalu dengan sekuat hati aku hentikan langkah.
Berhenti juga kami dari melangkah akhirnya. Laju bebenar si Leha ni tarik aku.
YOU ARE READING
My Weird Man
AléatoireNot a cliché story. Not even a romantic story (maybe?) Its just.. A fun story Happy reading guys! ................................................................. Datangnya tak diundang, Perginya tak dihantar, Cerita hantu? Tak. Ni bukan cerita ha...