Part 2: Lupa???

21 0 0
                                    

2018, 27th December

Khamis. Jam 3 petang.

Dan seperti biasa aku akan berada di dalam pejabat. Still have many works to do for this day. Almaklumlah, bos bagi cuti dua hari kelmarin. Sempena Sambutan Hari Natal.

Haih... Kerja kerja kerja... Beginilah nasib perantau..

"Err,, awak ni Nurul Aisha, kan?" Tegur satu suara.

Aku mendongak. Terhenti semua kerja aku.

Woahh.... Mak datin mana pula ni? Walaupun dia pakai tudung tapi, keanggunan dan kekayaan dia tu dapat dilihat. Cehhh ayat.

"Err.. Ye saya.. Datin??" Aku hentam je sebut nama panggilan tu. Mana la tau kot kot dia ni Puan Sri ke.

Ketawa sopan mak datin kat depan aku ni. Siap cover mulut lagi.

"Tak usah lah berDatin-Datin dengan aunty." Ujarnya pula.

Aku pun apa lagi, sengih la. Sengih tak faham sebenarnya. Siapa mak datin ni,, kenapa tiba-tiba tanya aku.. Siap tahu nama aku lagi tu!

"Err,, maaf tapi nak tanya lah. Macam mana Datin tahu nama saya?" Soalku. Penasaran deh gue!

"Kan dah cakap tadi, not Datin. Call me aunty. Tak pun, Mama." Ujarnya pula.

Tak menjawab pun soalan yang berlegar di minda ku saat ini. Malah, makin menambahkan kekusutan di kepala. Aduhaiii...

"Mama??" Soalku balik. Manala tahu silap dengar ke apa.

Dia mengangguk bersama satu senyuman dibibir. "Sejuk hati Mama dengar Aisha panggil Mama macam tu." Ujarnya lagi. Buat kan aku bertambah bingung.

Takkan Abah kahwin lagi???! Ibu macam mana???

"Err,, maaf sekali lagi Aunty.. Tapi, saya nak tahu... Aunty ni,, siapa??" Penuh harapan aku bertanya. Harap-harap bukan seperti yang aku fikirkan. Syuhh.. Minta jauhhh.

"Ain Zakri, kenal??" Lahaiii.. Main tanya-tanya pula mak datin ni.

Aku menggeleng laju. Dah memang aku tak kenal nama tu.

"Aik.. Dia kata dah kenal dah kamu. Hmmm tak pe lah. Niat mama datang sini ni pun, cuma nak tengok bakal menantu mama. Tak sangka, manis orangnya. Cantik, baik, sopan." Ohmaiii... Aku tak boleh kena puji ni. Kembang semangkuk hidung aku!

Eh jap jap. Bakal menantu????

"Apa maksud aunty?" Soalku bingung.

"Opps! Hehehe.. Nanti kamu tahu sendiri la. Err.. Mama gerak dulu. Tadi masa datang mama lupa bagi salam. Assalamualaikum Aisha." Dahiku dikucupnya lama. Terasa syahdu di dada. Terus hilang semua persoalan aku tadi.

"Waalaikumussalam...." Balasku perlahan saat dia sudah melangkah pergi.

Eh? Eh??????????

Jap jap jap! Pejabat bahagian atas ni kan tak boleh orang sembarangan yang masuk.

Takkan lah makcik pangkat Datin ke Puan Sri tu,,, kenal aku???!! Siap cium lagi dahi aku!

Nasib lah tempat aku ni jauh sikit dari yang lain. Maklumlah. P. A bos kan. Kalau tak, mesti kena gosip punya.

Tapi aku pelik, macam mana dia kenal aku ek?

"Ishhhh...Dah, dah. Tak payah fikir. Kang kalau aku fikir kang tak siap kerja aku." Luahku sendiri lalu meneruskan kerja yang tergendala tadi.
--------------------------------------------------------------
Jam 7 lebih.

Aku mengeliat kecil.

"Siap pun akhirnya." Komputer ku matikan dan meja ku kemas. Nak balik, nak balik!

My Weird ManWhere stories live. Discover now