Two

34 4 0
                                    

Kalau Namjoon boleh terpempan sedemikian rupa, Jane apatah lagi. Dia terasa hampir putus nyawa. Fitnah yang dilemparkan oleh datuk lelaki itu umpama mimpi negeri padanya. Tidak pernah dia terfikir untuk melakukan sesuatu sekeji itu. Tambah-tambah pula kepada orang tua.

"Oooo... kau raba atuk aku ya!"jerkah Namjoon sambil bercekak pinggang.

Ikutkan hati,mahu diseret perempuan itu ke pejabat kadi. Biar kahwin dengan datuknya.

"Bi...bila aku raba atuk kau!"ujar Jane tergagap-gagap.

Hah,nampak sangat bersalah. Sampai bercakap pun,dah tak betul.

"Kau kena kahwin dengan atuk aku!"ujar Namjoon menaikkan telunjuknya untuk membuktikan betapa seriusnya kata-katanya itu.

"Hei,kau gila ke! Atuk kau yang raba aku,"ujar Jane.

Setelah itu,Jane memandang lelaki tua yang tersengih-sengih itu dengan mata yang terbuntang luas. Mungkin gembira kerana bakal dikahwinkan dengan perempuan muda belia sepertinya.

Ngeri Jane membayangkan kehidupannya bersama orang tua itu. Dia samggup mati daripada berlakikan warga emas. Agaknya kalau perkara yang ditakutinya itu menjadi kenyataan,Jane takkan teragak-agak mematahkan tulang-belulang lelaki tua itu di malam pertama nanti. Biar mati malam itu juga.

"Orang tua terkutuk,bagitahu cucu kau ni perkara sebenar!"

Hati Namjoon mula panas kembali dengan sikap Jane yang masih berkasar dengan datuknya.

"Ewah,sedap mulut kau kata atuk aku orang tua terkutuk. Apa? Kau ingat,kau takkan tua nanti. Eh,kalau kau nak raba pun, pergilah raba punggung lembu ke,kambing ke, ayam ke, tak payahlah cabuli atuk aku. Dia orang tua."

Padanya sudah sah Jane bersalah. Kenapa masih nak berselindung lagi? Namjoon yakin,orang tua takkan berbohong. Melihat muka datuknya yang monyok itu pun dia sudah tahu.

Namjoon mengusap-usap belakang datuknya untuk memujuk. Dia bimbang datuknya itu akan tersinggung.

"Sabar ya tuk,perempuan ni dah gila agaknya. Nanti joon kahwinkan dia dengan atuk sebagai balasan perbuatan dia."

Sakitnya hati Jane,dia terasa dipermainkan. Dan sudah nyata dia semakin menghampiri kekalahan dalam perdebatan itu.

"Eh atuk kaulah yang raba aku!"ujar Jane masih mahu mempertahankan dirinya.

"Siapa nak percaya apa yang kau cakapkan!"cebik Namjoon

"Hei oramg miskin, kau dengar sini. Aku akan ingat perbuatan atuk kau sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu cukup-cukup. Daddy aku orang kaya tau,dia boleh buat apa sahaja. Tengoklah nanti."

Jane menghentak-hentakkan kakinya pada tanah seperti budak kecil sambil jarinya menunjal-nunjal ke arah Namjoon. Dia sungguh geram dan gagal menahan hati. Dengan beraksi begitu,Jane tidak ubah bagaikan beruk kena belacan.

Kata-kata perempuan itu menjengkelkan Namjoon. Mentang-mentanglah anak orang kaya,ingat aku takut. Aku pun kaya juga tau. Aku ada ladang lalang kat belakang rumah aku tu. Namjoon teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah.

"Laporlah pada daddy kau tu. Aku nak tengok apa dia boleh buat kat aku,"ujar Namjoon mencabar Jane.

"Daddy aku boleh beli kau dengan wangnya tau." Dengan angkuh Jane berkata.

Menyampahnya aku. Dia ingat harta dan wang ringgit itu segala-galanya ke. Agaknya bila family kau jatuh bankrap,akulah oranga pertama yang akan tergolek-golek gelakkan kau.

Jane meraba poket seluarnya. Telefon Iphone X Plus miliknya dikeluarkan.
Tanpa diduga dia mengambil gambar Namjoon.

"Tengok ni,aku dah ambil gambar kau. Aku akan tunjukkan pada daddy aku. Siaplah kau nanti."ugut Jane.

Alahai,bangganya dia dengan daddy dia tu. Macam manalah rupa daddy dia tu agaknya ek?

"Alah,ambil sekepinh mana rock, ambillah banyak-banyak. Lepas daddy kau datang cari aku,aku cakap pada daddy kau tentang perbuatan terkutuk kau pada atuk aku."kalini Namjoom pula mengugut Jane.

"Aku tak takutlah bodoh,aku tak bersalah!"

Bodoh? Ewah,tak ada insurans betul mulut perempuan ini. Dikatakannya aku bodoh. Aku belajar pandai tau. Cuma nasib aku je kurang baik sebab tak berkemampuan. Yalah akukan orang miskin. Belajar setakat tingkatan lima. Lepas tu emak bapak meninggal. Aku terpaksa kerja untuk menyara hidupku.

Macam atuk aku ni lainlah,dia banyak duit walaupun penampilan selekeh. Atuk aku banyak simpanan. Adalah dalam dua tiga ribu. Kira banyaklah tu nagi org miskin ni.

Tapi,perlukah dia membiarkan oramg kaya menghina orang miskin sesuka hati? Atau mungkin juga orang kaya seperti ini perlu diajar. Supaya hangman dia fikir bila sudah kaya,dunia ini milik dia. Oh tidak! Tidak akan sama sekali dia membiarkannya.

[OG] MY LOVE PLAYGIRL Where stories live. Discover now