Dengan berkaki ayam dan berjalan terhinjut-hinjut, Jane menapak ke arah keretanya. Bibirnya terkumat-kamit.
"Apalah nasib aku hari ni,jumpa manusia macam tu!"
Jane mencampakkan kasut ke dalam kereta. Dia jadi serba salah untuk memasuki keretanya. Dicium badannya yang berbau busuk dan basah kuyuo.
Ya ALLAH,tak ada perkataan yang dapat menggambarkan betapa busuknya bau yang terpaksa dihidu. Dia hampir muntah. Seumur hidupnya,inilah kali pertama martabatnya dijatuhkan sedemikiam rupa. Tambah-tambah lagi dia langsung tidak bersalah dalam hal ini.
Orang tua itu yang telah mengambil kesempatan padanya. Salahkah kalau dia memaki hamun orang tua yang tidak sedar diri itu? Tak salah kan?
Sebab itulah dia tidak suka org miskin. Kerana org miskin berkelakuan menjelikkan. Huh!
Siaplah kau lelaki,aku akan adu pada daddy aku. Kau tahulah untung nasib kau selepas ni. Kau ingat daddy aku akan berdiam diri. Silap-silap hari bulan,kau mati tanpa nisan.
Dengan rasa bengang,Jane masuk ke dalam kereta. Dia terpaksa kerana tidak mempunyai pilihan. Dia tidak boleh berlama-lama di situ. Keadaanya yang teruk itu hanya memalukannya. Dia perlu segera pulang untuk membersihkan diri.
Bumbung kereta dibuka. Jane memghidupkan enjin kereta.
"Hai cik ikan?" Tiba2 Jane disapa oleh satu suara yang menyakitkan hati. Suara milik Namjoon.
Dengan mata terbeliak,Jane menoleh ke sisi. Dia nampak Namjoon berdiri di sebelah keretanya.
Hisy, apa pulak jantan ni nak? Tak puas lagi ke menyakitkan hati aku!
"Hah,apa kau nak lagi. Nak penampar ke? Ingat,ada ubi ada batas,ada hari boleh balas. Hari ni aku terkena,esok kau pulak!"
Panas hati Jane apabila lelaki itu menggelarkan dia'Cik Ikan'.
Namjoon tersengih lebar.
"Aku ada habuan buat Cik Ikan yang sungguh seksi."
Namjoon mengangkat baldi di tangan lalu mencurah berpuluh-puluh ekor ikan ke arah Jane sehingga habis satu baldi.
Jane menjerit kecil. Segala-galanya bagaikan satu mimpi. Berlaku sekelip mata.
Rasa kesal datang bertimpa kerana kunjungi tempat salah. Semua ini Irene punya angkara. Irene yang mengajaknya datang ke sini untuk makan mukbang yang berdekatan dengan kawasan ini.
Irene!!!!! Hati Jane menjerit nama sahabatnya. Mulai saat ini,kita putus sahabat. Maruah aku tercalar kerana menerima pelawaan kau. Maruah aku jatuh,Irene.
"Okeylah,Cik Ikan, aku pergi dulu. Aku nak bagi amaran kat kau. Kalau kau berani menengking-nengking atuk aku lagi,aku akan buat lebih teruk daripada ini. Dan satu lagi,jangan sesekali terfikir di kepala otak kau tu meraba atuk aku lagi. Ingat dua perkara yang aku cakapkan ni baik2."
Selepas memberikan amaran,Namjoon terus pergi dari situ dengan rasa bangga di atas perbuatannya.
"Daddyyyyy!!!!"
Jane menjerit sekuat hati memanggil nma daddynya. Dia sudah tidak sabar2 mahu pulang untuk mengadu tentang apa yang terjadi. Dia tak kenal lagi siap aku,playgirl terkemuka di atas planet ni.
Enjin kereta sport dimatikan sebelum pemiliknya membuka pintu dan keluar tergopoh-gapah. Dengan menahan nafasnya,Jane memandang kusyen keretanya yang basah dan ikan-ikan yang terdampar di dalam kereta.
YOU ARE READING
[OG] MY LOVE PLAYGIRL
Roman d'amourJane merasakan kehadiran Namjoon dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Jane mendapat tahu Namjoon sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraa...