Six

25 1 3
                                    

Kim Seokjin duduk di sofa. Bukan sahaja Donie yang tidak sanggup menghadapi kerenah Jane. Kim Seokjin selaku ayah kepada Jane juga tidak sanggup. Jane mempunyai perangai yang sangat buruk. Entah macam mana mahu mendidik Jane agar menjadi manusia yang merendah diri dan tidak boros berbelanja. Ah,salahnya juga kerana terlalu memanjakan Jane.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jane membulatkan angka 31 pada kalendar dengan girang. Ini bermakna sudah sebulan dia tidak bertembung dengan lelaki yang hidupnya.

Kehadiran Donie ke biliknya menganggu konsentrasi Jane yang sedang leka menatap kalender kecil miliknya.

"Ada apa Donie?"tanya Jane
"Tuan suruh Cik Jane ke bilik bacaan. Dia mahu memperkenalkan Cik dengan seseorang."

Donie memaklumkan kepada Jane apa yang disuruh Kim Seokjin.

"Siapa Donie?"
"Saya pun tak tengok lagi siapa orangnya Cik Jane,jadi saya tak boleh nak cakap siapa dia."

Memang benar,Donie tidak melihat pun wajah tetamu itu kerana sewaktu ketibaan lelaki itu,Donie sedang sibuk di dapur. Kim Seokjin yang melayan lelaki itu.

"Siapa pulak ni? Jangan-jangan daddy nak kenalkan aku dengan kawan dia tak Donie. Boringnya."

Mahu tidak mahu Jane bergerak juga ke bilik bacaan. Jane mengetuk pintu sebelum kedengaran suara Kim Seokjin menjemputnya masuk. Jane ternampak kelibat seorang lelaki sedang duduk di sofa membelakangnya. Potongan rambut lelaki itu yang kemas membuatkan Jane membuat andai bahawa tentunya lelaki itu seorang yg masih muda dan tampan.

Kim Seokjin terus bangun dari sofa untuk menyambut Kedatangan anak kesayangannya. Bahu Jane dipeluk mesra.

"Daddy nak kenalkan seseorang yang begitu istimewa untuk kita sekeluarga."
"Siapa daddy?"

[OG] MY LOVE PLAYGIRL Where stories live. Discover now