BAB 7

934 85 1
                                    

BAB 7

KENNY memerhatikan Bullet berjalan seiringan bersama dengan kawan-kawan kuliahnya. Dia nampak sedih tapi masih meneruskan hari-harinya.

Kenny masih tidak tahu, apa tujuan Bullet mendekatinya. Mungkin ada seseorang yang mengarahkannya melakukan itu semua tapi atas sebab apa. Perlukah dia memberitahu Bullet mengenai kisah lalu mereka.

Kenny turun daripada keretanya. Dia mahu menjemput Bullet balik ke Apartment tapi kemunculan sebuah kereta di hadapannya membuat Kenny masuk semula ke dalam kereta. Dia perhatikan lelaki yang keluar daripada kereta itu.

Bjorn? Kenny bertambah runsing. Apa Bjorn buat di kolej si Bullet? Tak mungkin mereka mempunyai hubungan. Kenny masih memerhatikan mereka.

Bullet menghampiri Bjorn dan dia menarik Bullet dengan kasar masuk ke dalam keretanya.

"What the hell?!" Kenny rasa tidak sedap hati melihat Bjorn sedang mengasari Bullet. Dia kemudiannya mengekori Kereta Bjorn.

CAFE LEESANG

BULLET hanya mendiamkan diri apabila Bjorn membawanya ke Cafe terpencil itu. Tidak ramai penghujungnya waktu itu. Bjorn memesan coffee untuknya dan minuman Bergas untuk Bullet. Kunci kereta dia letak atas meja dan renungan tajam tertacap untuk Bullet sahaja.

"Mak kau cuba larikan diri pagi tadi. Nasib baik Bodyguard sempat masukkan dia semula ke dalam bilik tahanan. Kau kena kerja keras sikit sebelum ayah saya bunuh dia." Kata Bjorn.

Bullet yang nampak terkejut hanya mampu menangis.

"Mesti mak rindukan saya. Bagilah peluang untuk saya jumpa dia. Saya tak tahu nak tanya Kenny apa - apa soalan lagi. Dia kata dia tak berhubung lagi dengan Wolfs. Dia dah tinggalkan mereka dan mereka dah putus hubungan."

"Mustahil! Pasti ada sebab lain kenapa Kenny join Poison! Kerja kau senang saja... buat dia jatuh cinta dengan kau.. goda dia. Buat dia gilakan kau... buat dia luahkan semua masalah dia kepada kau... itu pun susah ke? Dengan muka kau yang cantik tu pasti kau boleh buat apa saja!" Bentak Bjorn.

Bullet mengetap bibir. Mau saja dia simbah air coffee ke wajah Bjorn.

"Saya dah cuba. Kau nak saya buat apa lagi. Kenny memang mudah didekati tapi nak buat dia buka mulut bukan senang!" Marah Bullet semula. Dia menghabiskan minumannya dan terus berpaling daripada Bjorn.

Bjorn kemudiannya memberikan sebungkus hadiah dalam kotak kecil kepada Bullet.

"Ambi ni." Katanya.

Bullet melihat kotak itu. Dia mengambilnya dan membukanya perlahan- lahan.

"Apa benda ni? Kau nak saya buat apa dengan benda bodoh ni?" Bullet terkejut melihat Duit dengan jumlah yang besar sekali ada di dalam kotak itu.

"You look tired and sad. Money can make you happy. Go out with your friends and do some shopping. Treat yourself good... maybe Kenny akan merayu tak nak lepaskan kau lepas ni."

"What do You mean? Kau nak cakap yang saya tak cukup cantik untuk Kenny? Tak cukup menawan? Kau tak tahu apa- apa pun Bjorn. Jangan cuba nak arah saya buat ini itu!"

"saya buat sebab saya tau kau akan ikut. Kalau kau nak mak kau terus hidup, follow my instructions. Faham?" Bjorn mencuit pipi Bullet. Kemudian dia meninggalkan Bullet sendirian di situ.

KENNY yang ada di Cafe itu hanya menggeleng. Bjorn memang tak guna. Dia cuba gunakan Bullet untuk mengorek rahsianya. Sebab itu ke Bullet dekatinya? Kenny juga meninggalkan Cafe itu. Dia hanya memerhatikan Bullet keluar dari Cafe itu dari dalam keretanya.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now