Kenny meninggalkan WOLF dengan alasan dia sudah tidak mempunyai sebab untuk terus berada di dalam kumpulan kongsi gelap itu. Setelah kematian ayahnya, dia seakan hilang kepercayaan kepada WOLF. William dan Qavin kecewa kerana mendapat berita yang Kenny telah menyertai THE POISON, Kumpulan Kongsi Gelap yang pernah berkerjasama dengan Daragon Valhala yang sebenarnya telah membunuh ayahnya. Kerana percaya dan redha dengan keputusan Kenny, WOLF melepaskan dia dengan rela. Kenny kini berada di dalam kumpulan The Poison. Kedatangan seorang gadis bernama Bullet Harmonica sangat memberi pengaruh kepada Kenny. Siapakah sebenarnya Bullet? Dan apakah sebenarnya misi yang Kenny sedang perjuangkan sehingga dia tekad mahu meninggalkan WOLF? Jawapannya hanya dalam, THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR By HDH Ink.