BAB 1

2.7K 174 11
                                    

BAB 1

       Sakit.

Entah berapa kali, Kenny terjaga setiap malam kerana rasa sakit yang selalu datang menyerang kepalanya. Rasanya seperti ada benda tumpul yang telah memukul kepalanya sehingga rasanya tempurung kepala sudah bocor. Tapi bila dia membuka mata dan menyedari semua rasa sakit itu hanyalah sebahagian daripada mimpi, dia membungkam semula di atas bantal dan mengeluh lega.

      Kenny turun dari katil. Kakinya menapak ke arah ruang dapur Apartment yang baru disewanya beberapa hari yang lalu. Luasnya cukup untuk keperluan dirinya sendiri. Dia tidak kisah dengan jumlah bayarannya, yang dia inginkan hanyalah tempat untuk bersendirian dan lari jauh dari kehidupannya yang lalu.

Wolfs?

      Mereka semua pasti dalam keadaan baik- baik sahaja. Mereka akan teruskan hidup walaupun tanpa kehadirannya. Kenny tersenyum simpuh. Air kopi pekat yang dia tuang ke dalam muk kecil hanya diperhatikan oleh anak matanya yang berwarna coklat cair itu.

PRANGGGG!

Bunyi penutup periuk nasi terjatuh pula di atas lantai. Kenny tersentak dibuatnya. Air kopi pun lari sedikit dari muk yang harus di isi penuh. Kenny menggeleng dan tunduk untuk mengambil penutup periuk itu. Dia kutip dan dikembalikan ke tempat asalnya.

      Sayup- sayup, di dalam ruangan Apartment itu, bunyi lagu Band Dream Treater yang bertajuk, The Answer Lies Within, sedang berkumandang. Kenny memandang dinding kosong di hadapannya. Bukan seperti ruang Apartment mewah yang lain, yang ada di situ hanya set sofa dan meja Kopi. Dinding kosong tanpa sebarang hiasan. Langsir hitam dan buku- buku novel lama bersusun di atas lantai di hujung Apartment itu. Ringkas tanpa hiasan berat. Kenny lebih suka suasana seperti itu.

DING DONG!

      Bunyi Doorbell kedengaran. Kenny menoleh ke arah pintu dan dia bangun sambil bersiap sedia mengambil pistol di dalam rak kasut sebelah pintu utama Apartmentnya itu. Dia membuka daun pintu dan dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

      "Hey. Can I come in?" Muncul Bullet Harmonica, penyewa Apartment di sebelah Apartmentnya. Hanya mereka berdua yang menyewa Apartment di tingkat 7, bangunan mewah itu. Harga seunit mencecah 700 Ribu ringgit. Sewa sebulan mencecah RM 2500. Tidak salah lagi kenapa tempat itu digelar sebagai kediaman mewah golongan VVIP.

      Kenny hanya memerhatikan wajah Bullet yang sentiasa dihiasai senyuman itu. Wajah wanita klasik dengan rambut hitam tebal panjang mengurai dan seulas bibir mungil yang sentiasa dicalit dengan pewarna bibir setona dengan warna kulitnya yang putih gebu itu.

      "Masuklah." Kenny membuka pintu lebih luas dan sudah tentu, Bullet terus melangkah masuk bersama senyuman yang semakin lebar. Pintu ditutup dan Kenny menjemput Bullet duduk sementara dia mengambilkan minuman untuknya.

       Bullet memerhatikan Apartment Kenny dengan penuh tanda tanya. Dia duduk di sofa dan hanya memandang ke arah Kenny kerana di dalam Apartment itu, hanya dirinya sahaja yang boleh dipandangnya. Yang lain? Kosong. Kenny memang lelaki yang sangat misteri. Tapi Bullet sangat yakin, lelaki itu mempunyai sesuatu yang dia inginkan selama ini.

Kuasa.

TAK!
    Muk hitam berisi Kopi, Kenny letak atas meja. Dia tidak berkata apa- apa kerana Bullet pasti tahu, minuman itu pasti untuknya.

       "Thanks." Kata Bullet sambil tangannya mengambil muk itu dan menghirup sedikit air kopi buatan Kenny. Dia tersenyum. Air kopi itu pahit tapi dia masih boleh tersenyum kerana melihat wajah Kenny, semua kepahitan dunia berubah menjadi gula.

     "Kau nak cakap apa dengan saya? Cepatlah cakap, sekejap lagi saya nak keluar." Kenny hanya berdiri di hadapan Bullet yang duduk di atas sofa.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now