BAB 16

811 71 2
                                    



BAB 16

Bullet mempersilakan Bjorn masuk ke dalam Apartment mewah yang Tando belikan untuknya itu. Tujuan asal untuk memerhatikan si Kenny. Melihat Apartment itu dihias mewah oleh Bullet, membuat Bjorn kagum.

        "Kau nak minum apa? Jus? Wine? Atau air putih?" Tanya Bullet ketika dia mahu melangkah masuk ke ruang dapur.

Bjorn pula duduk di sofa ruang tamu. Dia memerhatikan ashtray di atas meja kopi. Ada beberapa putung rokok ditinggalkan di situ. Bjorn menoleh ke arah Bullet.

Perasan dengan renungan pelik daripada Bjorn, Bullet pantas ke dapur dan membawa apa- apa sahaja minuman yang ada di peti sejuk. Dia letak atas meja dan duduk di sebelah Bjorn.

        "Don't get me wrong, tapi saya merokok kebelakangan ni. Stress with asignment and report yang kau suruh buat tu." Kata Bullet, dia mahu menjelaskan mengapa ada putung rokok di situ.

Bjorn hanya mengangguk.

        "Smoking is not good for You. Kalau kau stress sangat, tak payah buat report tu lagi. Pasal kolej kau tu, kalau kau nak stop pun boleh. I'm quite sure, Kenny bukannya kisah pun. Dia cuma ingat kau tu sayangkan dia dan..." Bjorn tidak teruskan kata- katanya.

Bullet hanya diam.

         "It's okay. Saya banyak kawan di kolej. Pelik kalau saya berhenti tiba- tiba without explaination. Lagipun kawan- kawan saya selalu datang ke sini. You know... party." Jawab Bullet.

Bjorn meneguk jus yang Bullet berikan kepadanya.

       "Actually, saya ada benda nak luahkan dengan kau ni. I feel quite stressed too. About Daddy and Kenny. Saya tak faham kenapa Kenny boleh ambil hati ayah dengan mudah. Kesalahan saya pula dengan mudah dia boleh detect. Kenny dah jadi macam superhero untuk dia, and me... macam anak pembawa sial." Kata Bjorn. Nada suara penuh kemarahan dan tekanan.

Bullet mengetap bibir. Dia tahu Kenny sedang merancang sesuatu.

       "Calm down. Tak kan kau nak mengalah dengan Kenny."

       "Of course not. Saya sedang tunggu dia buat salah , and Saya akan pastikan dia ditendang keluar dari The Poison. Biar dia balik ke tempat asal dia. Wolfs the Fucker." Bjorn menghentak gelas jus di atas meja.

Bullet mencebik. Angkuh juga si Bjorn. Dia tak tahu ke yang Kenny tu bijak pandai? Kenny dah beribu kali ada di hadapan dia sekarang ni. Tinggal tunggu masa sahaja, Bjorn akan jatuh.

        "So, kau dan Kenny macam mana?" Tanya Bjorn tiba- tiba.

Bullet menggaru pipi.

       "Urmm. Dia tak hubungi saya beberapa hari ni. Dia nampak sibuk uruskan hal yang saya tak tahu. Bila saya nak jumpa dia, he refused. Mungkin dia dah bosan dengan saya. Tapi saya masih cuba dekati dia lagi. After what he did to me, kadang- kadang dia datang ke sini dan cakap pasal kesetiaan dia untuk The Poison. Your father remind him of his father. He missed his father and... i don't know if i should tell You this... boleh tak kau anggap ni satu laporan juga?" Kata Bullet panjang lebar.

Dia merenung dalam anak mata Bjorn untuk mengelakkan pembohongan yang dia sedang reka tidak dihidu oleh Bjorn.

Mendengar itu, Bjorn tertawa geli hati.

        "What the hell? My father remind him of his father? Macam langit dan bumi. Kenny dah desperate sangat ke?"

        "Kenny kata dia sanggup buat apa saja untuk The Poison. Kau kena bagitau ayah kau yang there is no reason to think be will cheat on You guys. Dia nampak sangat admire dengan ayah kau." Tambah Bullet lagi. Perisa pembohongannya kini seperti masakan 'Steak' di level tertinggi. Sedap dimakan apa lagi didengar.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now