#6

11 4 0
                                    

It's been so long not to see you wahai readers!
New update!

Gadis berbaju biru itu berlari membelah hutan seperti dikejar sesuatu. Pakaiannya dalam keadaan koyak. Dia memegang tangannya yang berdarah. Menangis ketakutan.

"Argh!!!!" Kakinya ditarik oleh sekujur tubuh yang besar. Badannya hitam seperti lumpur.

"Mari ke sini Aurora!" Makhluk itu berkata dengan garau. Ia berkata-kata dalam bahasa yang aneh tetapi masih boleh difahami gadis itu.

-------

"Argh!!!" Ain terjaga dari mimpi buruk lagi mengerikan! Akibat jeritannya, semua terbangun dari tidur lena.

"Kau dah kenapa!" Lily menengking. Dah lah mengantuk, kena ganggu dengan jeritan sahabatnya.

"What's wrong with you!?" Sha yang masih mamai bertanya tangan Aqilah dipeluk ingatnya bantal peluk.

Ain, masih dalam keadaan cuak, seriau, takut dan paling pelik menangis.

'Zrip......!' Zip khemah ditarik kasar oleh Anthoni. Semua muka masih mengantuk tapi tertanya-tanya gerangan siapa yang menjerit.

"Pontianak mana menjerit pepagi buta ni?" Jack bertanya tapi still berlagak cool. Nyampah gile...

Encem nya you")

"Aku takut...dia datang lagi. " Ain bersuara sambil teresak-esak menangis.

"Siapa datang? Nenek kau?" Alex sempat buat lawak hambar. Yang lain mengarah ke arahnya dengan niat nak sepak dia keluar.

"Siapa datang? Cuba cerita slow ii" Ain mengangguk dan menceritakannya daripada A-Z.

"Dua tahun lepas..."
_______

"Mommy...tengok apa tu?" Terkejut Puan Eariel tat kala anak kesayangannya menerjahnyanya dari belakang.

"Tengah main kejar ii...dah nampak mommy tengah siram pokok bunga ni, sayang oi." mommy-nya bergurau sekali gus memerlinya.

"Ish mommy ni, loya buruk. Tanya je pun. Hm, jangan bercakap dengan Ain 2 minit." Ain berpura-pura merajuk dan dia tahu mommy-nya akan memujuk kembali.

"Suka hati kamulah...pi main jauh ii sana. Mommy nak wat kerja ni." Tekaannya meleset. Mommy-nya menghalau.

"Tak pe...Ain tak nak kawan mommy, jom Bulan tidur dengan kita..." kucingnya di bawa ke bilik dan bermain dengannya sampai tertidur.

*

Gadis bergaun biru sedang mengamati keindahan alam di sebuah taman bunga beraneka warna dan bentuk. Ditemani juga seekor kucing kelabunya.

"Huahh...indahnya taman ni kan Bulan?" gadis itu baring di antara bunga ii berwarna biru. Keadaan sepi seketika. Gadis itu pelik kerana kucingnya tidak menyahut panggilannya.

"Bulan?" Dia mencari kucingnya. Kelibatnya tidak terlihat.

"Meow..." panggilan kucingnya mengejutkannya dan terarah di sebatang pokok yang berdiri megah di atas tanah.

9 PAHLAWAN £merlandWhere stories live. Discover now