Cermin dihadapanku dipandang..
Jelas terlihat diriku yang anggun mengenakan gaun putih suci dengan taburan sedikit manik manik di bahagian kain bawah dan dada ku. Rambut yang disanggulkan dan makeup yang dikenakan diwajahku.
Aku mengeluh kepenatan.
Bukannya penat melakukan pekerjaan tapi penat kerana perlu berpura pura senyum dan bahagia dihadapan para tetamu yang hadir sebentar tadi.
"Betul ke apa yang aku buat nie?!"
"Aku harap aku akan bahagia dengannya.."
"Ye jihyo! Kau kena yakin."
Apa yang berlaku sebentar tadi kembali terlayar difikiran ku.
"Dengan ini saya mengumumkan yang kamu berdua secara sahnya menjadi suami isteri."
Aku keliru dengan perasaan aku.sedih,gembira,kecewa?semuanya bercampur baur.
" Pengantin lelaki diminta mencium penganti perempuan."
Zup!!
Jantung aku terus berdegup kencang.
Aku memandang jungkook yang berada dihadapan aku. Dann wajahnya semakin menhampiri ku. Aku memejamkan mata ku kerana takut untuk melihat wajah jeon jungkook ketika itu.
Akhirnya bibir aku dipangutnya. Lama.
Mata ku buka seluas luasnya. Mahu menghilangkan peristiwa tersebut. Sekarang aiu masih berdiri dihadapan cermin. Tangan ku dibawa kebibir. Masih terasa hangat ciumannya. Seperti ciuman orang dilamun cinta.
Tapi adakah dia cintakan aku?
Pang!
Bunyi Pintu dibuka secara tiba tiba.
Automatik tangan aku diturunkan dari terus memegang bibir ku.
Kelihatan jungkook dengan baju kemeja putihnya memasuki kedalam dan terus meniarapkan badannya dikatil . Tuxsedo dilemparkan pada lantai.
"Letih sangat ke?"
Jihyo berasa kasihan pula apabila melihat jungkook selaku suaminya.
Jihyo bergerak menuju kearah suaminya. Stokin yang masih berada dikaki jungkkok dilepaskannya perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu tidur suaminya.
"Sape suruh kau bukakan stokin aku?" Ujar jungkook tiba-tiba.
"Takde sapa sapa suruh. Saya sendiri yang rela nak bukakan."
"Wae? Salah ke kalau seorang isteri lakukan perkara tersebut?" Tanya jihyo.
Jihyo terus mengambil stokin dan mahu meletakkan di meja makeup tapi tiba tiba tangannya ditarik sehingga badannya terduduk diatas katil.
Jihyo melihat disebelahnya. Jungkook sedang mengubah posisinya kepada baring.
"Tengok saja?" Ujar jungkook.
YOU ARE READING
[✓] 𝙅𝙀𝙊𝙉 𝘿𝙀𝙑𝙄𝙇
Fanfiction𝗦𝘁𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 : Song Jihyo with Jeon Jungkook 𝗧𝗵𝗲𝗺𝗲 : Romance Thriller Fanfiction 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : Completed + Jeon devil ! itulah julukkan yang sesuai dengan dirinya apabila dia sanggup menghabiskan sisa usia 20-annya dengan mengahwini seorang...