Bicara Cinta

13 0 0
                                    

Pabila kita berbicara pada cinta, tentang cinta,
Apa yang kita tahu? Yang kita tahu cinta itu menyakitkan. Perasaan yang hadir itu menyelubungi diri menjadikan kita bahagia dan derita tentang dia. Dia yang datang membuahkan sebuah rasa. Sebuah rasa yang terbit dari hati saat pandangan pertama. Jatuh hati dan jatuh cinta.
Saat itu kau berasa kau nak memiliki dia, berusaha untuk dapatkan dia, berusaha untuk dapatkan cintanya. Walaupun berkali kau derita dan kecewa, kau menolak rasa itu kerana mahu rasa sedikit bahagia tentang rasa cinta dan sayang itu.
Sedikit.
Cinta itu orang kata menyakitkan. Ya, benar. Tapi pada dasarnya, manusia yang memberi rasa sakit itu bukannya salah cinta. Cinta hanya hadir sekadar memberi bahagia dan kecewa. Rasa yang hadir itu yang memberi kita rasa sakit dan bahagia itu Sebenarnya. Dan pada akhirnya kita terluka..dan bahagia semula dan begitu lah seterusnya.
Bila disoal tentang rasa itu, kita terkelu. Adakah ada jawapan yang sesuai untuk diberitahu? Adakah ada cara untuk jawab soal itu? Kerana ianya tidak dapat diberi jawapan atau bukan tak tahu nak jawab. Cuma.. bagai tiada jawapan. Sepi. Tidak tahu. Bagai kau tersepit, dilema dan berbelah bahagi. Complicated.

Diari Hati.. Where stories live. Discover now