Bab 3 - Kemelut Cinta AA

125 2 0
                                    

ARISSA mengintai Puan Murni dari celah pintu yang tidak ditutup rapat. Dia memang tak senang duduk kalau melihat Puan Murni mulai segar sedikit. Semenjak kematian suaminya beberapa bulan lalu, Puan Murni lebih suka menyendiri. Dia tidak lagi berpersatuan ataupun bersosial bersama rakan-rakannya seperti dahulu. Dia juga sudah tidak ke pejabat.

Arissa memang suka akan keadaan Puan Murni yang sebegitu. Perempuan tua itu dianggap penghalang dalam apa sahaja kegiatannya setiap hari. Ini tidak boleh itu tidak boleh. Kalau salah sedikit mesti hendak dilaporkan ke Adam. Jadi anggap sahajalah sekarang masa pembalasan buat Puan Murni. Arissa menolak pintu bilik Puan Murni dan masuk ke dalam. Kemudian dia mengunci pintu bilik tersebut dari dalam.

Arissa berjalan dengan langkah liuk lentoknya itu sambil memandang Puan Murni dengan gerak laku sinis dan mengejek. Puan Murni yang sibuk memandang ke tingkap tidak sedar akan kehadiran Arissa ke dalam biliknya.

"Bangun awal nampaknya.. Murni," Memang tiada lagi rasa hormat Arissa kepada ibu mertuanya ini.

"Kau buat apa masuk dalam bilik aku?? Keluar! Keluarrrr!" Puan Murni bingkas bangun dan cuba menolak Arissa keluar. Arissa menepis tangan Puan Murni dan kemudian mengelap tempat tangan Puan Murni memegang dirinya. Jijik!

"Eh! Eh! Aku boleh keluar sendirilah.. kau tak payah nak tolak-tolak aku. Aku datang jenguk kau pun sebab nak check.. kau ni hidup ke tak ke? Asyik terperap dalam bilik ni je.. Anak kau pun dah tak berani nak masuk bilik kau ni." Arissa bersuara.

Sejak sikap Puan Murni berubah, anak-anaknya jarang sekali menjenguk. Puan Murni mempunyai tiga orang anak. Dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Fida, anak perempuannya itu tinggal di rumah ini bersama Adam dan Arissa. Manakala abang sulung mereka, Arman pula tinggal berasingan bersama isterinya, Paty di Damansara. Adam merupakan anak tengah dari tiga orang adik beradik.

Dahulu, Adam ada berkahwin dengan seorang perempuan bernama Bella. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ameera. Namun selepas dua tahun berkahwin, Bella meninggal dunia akibat kemalangan. Adam menduda selama hampir tiga tahun sehinggalah dia bertemu dengan Arissa, gadis kelab malam yang menambat hatinya.

"Kau diam!" Puan Murni membetulkan rambutnya yang galak bertumbuh uban.

"Okey aku diam. Tapi aku datang ni cuma nak bagi tahu kau kebenaran mengenai hidup kau, Murni!" Arissa keluar dari bilik tersebut setelah dia berjaya merobek hati ibu mertuanya. Ketawanya menyelubungi koridor bilik Puan Murni. Asalkan kau tak bahagia Murni... Asalkan kau derita, aku yang gembira!

****

ADAM melangkah masuk ke pejabatnya dengan penuh perasaan marah. Mungkin sisa marah semalam bersama Arissa yang masih belum reda. Fail di tangannya dihempas sehingga mengejutkan Arman yang sedang duduk di kerusi berhadapan dengan meja tersebut.

"Kau okey ke Adam?" Arman bertanya.

"Aku okey," Adam membalas dengan penekanan terhadap perkataan 'okey'.

"Gaduh dengan Arissa?"

"Dengan sapa lagi kan?" Adam bertanya kembali.

"Kau tanya dia tak pasal hari tu yang aku nampak dia dengan.."

"Sudahlah.. aku tak mau cerita pasal tu. Aku percaya kan dia," pintas Adam.

"Aku ni rasa kadang-kadang Arissa dah bomohkan kau tahu tak?"

"Aku tak suka kau cakap benda tak elok pasal isteri aku!" Adam mulai berang.

"Kalau kau dah fikir macam tu, apa boleh aku buat kan?" Arman bangun dari kerusi dan terus keluar dari pejabat. Lelaki macam Adam in sudah diguna-gunakan.

Dia Bukan ArissaWhere stories live. Discover now