Bab 2 - Arissa + Arlisa = Kembar

158 3 0
                                    

SUASANA restoran di Hotel Grand Dorsett hari ini sedikit bising. Suara orang sana sini bercakap dicampur dengan alunan muzik jazz yang sederhana kuat menambahkan suasana menjadi sedikit kalut. Adam masih bingung dengan apa yang terjadi di rumah tadi. Manakala pula Arissa menikmati makan malam seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Saya nak minta sesuatu dengan awak.." Adam memulakan bicara.

"What Adam?" Arissa menyumbatkan spaghetti carbonara ke dalam mulutnya dengan rakus.

"Tolonglah jangan bergaduh lagi dengan adik saya..." pujuk Adam.

"Bergaduh? What bergaduh? Siapa yang bergaduh? Siapa yang cari gaduh?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Arissa. Dia tidak suka dipersalahkan kerana dia selalu BENAR.

"I mean.. tolong jangan curahkan minyak ke api.. You tak boleh ke bersabar sikit?" Adam mulai naik angin. Memang Arissa dari awal perkahwinan lagi tidak boleh ditegur.

"Api, minyak, apa ni? Sudahlah! I malas tau bila kita keluar, kita mesti kena gaduh," rungut Arlisa.

"Hmm.. lagi satu. Hari tu Arman ada cerita dengan I. Dia nampak you dengan lelaki mana tah.." Adam mula berpaling wajah dari Arissa. Marah. Dia tak mahu memikirkan benda buruk mengenai isterinya. Namun bila aduan datang bertubi-tubi, dia sudah tidak dapat menahan perasaan lagi.

"Adam! Can you please??" Arissa menjatuhkan garpu ke atas pinggan makanannya. Spagetti Carbonara ditolak ke tepi. Adam memang tak faham-faham kan?

"Okey fine!" Adam menolak kerusi yang didudukinya ke belakang lalu bingkas bangun menuju ke kamar kecil. Makin tensi dirinya dengan sikap Arissa yang suka berselindung dan mengambil hal dengan ringan. Fikir diri sendiri je, tak pernah fikir orang lain!

Arissa memandang gerak tubuh Adam dengan tajam. Dia tersenyum sinis lalu mencapai Iphone 4s miliknya. Paparan telefon pintar itu menunjukkan beberapa mesej Whatsapp masuk. Mesej dibuka dan tertera ayat "You di mana?" dengan jelas sekali. Nama pemberi mesej tersebut adalah Zikri.

Arissa dengan pantas menekan nama pemberi mesej untuk dihubungi. Bunyi deringan bergaung di talian sebelah sana.

"Hello." Arissa mula bersuara.

"Hello babe, you sibuk?" Zikri menjawab.

"I dekat Grand Dorsett dengan si dungu ni."

"Mana dungu tu? Sebelah you ke?"

"Matilah I kalau dia duduk sebelah dan I call you." Buat-buat tak tahu pulak si Zikri ni!

"Kenapa ni babe? You macam sedih je?"

"You tahukan masalah I. I dah makin tak tahan tau asyik kena dengar leteran dia, family dia.. Oh my god! Lama-lama I boleh jadi gila!" Arissa mulai merungut lagi. Setahun perkahwinannya bersama Adam bagaikan hidup di dalam penjara.

"Come on.. ingat tak apa yang kita dah plan?"

"Plan?"

"Yeah.. You lupa?"

"Oh.. you rasa menjadi ke? I think macam ridiculous je!"

"No.. you kena percayakan I. Semua yang kita plan pasti akan berjaya."

"Okay.. But what if.." Kata-kata Arissa terhenti apabila dia melihat Adam berjalan menuju ke arah mejanya.

"Babe?" Zikri tertanya-tanya mengapa Arissa tiba-tiba berdiam seribu bahasa.

"I kena letak sekarang. Dia dah datang," Arissa cepat-cepat meletakkan telefon pintarnya ke bawah lalu memperbetulkan kedudukannya di kerusi. Adam sudah kembali ke tempat duduknya dengan wajah yang merah padam.

Dia Bukan ArissaWhere stories live. Discover now