Bab 4 - Bangunlah Arissa!

141 3 0
                                    

HARI itu hari Sabtu dan Arlisa bekerja separuh hari. Namun dia belum pulang kerana dia telah berjanji dengan rakannya Nida untuk ke Queensbay, berjalan-jalan melepaskan stress setelah hampir seminggu bekerja. Manakala Makcik Sue pula ke Seberang Perai. Katanya hendak bertemu dengan kawan lama di Kepala Batas sampai hari Ahad ini. Jadi tinggallah Arlisa seorang di rumah. Dia tidak berapa kisah tinggal berseorangan kerana dia sudah terbiasa. Sejak ketiadaan Arissa, dia sudah banyak berdikari.

Arlisa sampai rumah dalam pukul 5 petang. Sesampai sahaja di pintu pagar rumah, dia terlihat mangga rumahnya tidak berkunci. Arlisa jadi sedikit panik. Tidak menghiraukan keadaan pintu tersebut dia terus menuju ke pintu utama rumah. Tombol dipusing dengan mudah menandakan pintu itu juga tidak berkunci. Hatinya berasa sedikit gundah. Mungkinkah rumahnya telah dirompak?

Arlisa memandang keadaan sekeliling rumah. Semuanya seperti biasa. Tiada ciri-ciri seperti rumah sudah dirompak. Barangan dalam rumah Makcik Sue masih tersusun rapi. Namun hatinya tetap juga masih berdebar-debar. Tak mungkin Makcik Sue lupa hendak mengunci rumah. Wanita itu adalah seorang yang sangat mementingkan keselamatan. Kalau ada sedikit bunyi pun di dapur pasti dia akan terus ke bawah untuk memeriksa keadaan. Sedang Arlisa dibuai rasional dalam pemikirannya sendiri, datang seorang wanita dari belakang menegurnya.

"Lambat kau balik?" suara lunak tersebut berkata-kata.

Arlisa berpaling. Hampir-hampir nak luruh jantung Arlisa melihat sekujur tubuh di hadapannya. Wanita yang berskirt merah dan dipadankan dengan blouse hitam serta berkasut tumit tinggi berwarna merah darah ini sungguh dikenalinya. Melihat wanita ini adalah seperti melihat dirinya di dalam cermin. Cuma yang membezakannya ialah solekan di wajah wanita di hadapannya ini. Berlipstik merah pekat, memakai bulu mata palsu dan berpipi merah tebal. Wanita itu tersenyum sumbing padanya.

"Bila kau balik? Kenapa.. kau tak cakap nak balik Arissa?" Arlisa sedikit gagap dan terpana melihat keadaan kakaknya. Arissa kelihatan begitu bergaya.

"Alahai! Aku nak balik pun kena bagi tahu kau ke? Nasib baik aku simpan lagi kunci ni.." Arissa menayangkan kunci rumah miliknya. Dia kemudiannya duduk di salah satu sofa yang tidak begitu empuk itu. Sofa yang sama semasa dia berada di situ dua tahun lalu.

"Aku rindu kau.. Arissa.." Arlisa duduk di sebelah kakaknya dan memeluk wanita itu dari sisi. Arissa mula mempamerkan wajah yang menjengkelkan. Dia berasa lemas dengan tindakan Arlisa lalu bangun dari sofa tersebut.

"Ya.. ya aku tahu." Arissa menjeling.

"Kau sihat? Kau nak aku masak apa-apa kat kau Rissa?" tanya Arlisa. Airmata si adik sedikit bergenang. Dia berasa gembira dengan kembalinya Arissa di sini bersamanya.

"Hmm.. aku tak nak kau masaklah. Aku nak kau beli nanti kat luar. Tapi bukan sekarang." Sekali lagi mimik muka menjengkelkan itu ditonjolkan. Arissa sudah jadi geli dengan keadaan sekeliling. Euww! Habuk sana sini. Macam mana dia orang ni hidup?

"Oh... Okey.. Kau duduk mana sekarang? Kau.." Mata Arlisa tertancap pada cincin yang dipakai Arissa. Cincin kahwin?

"Kau tengok ni?" Arissa mengangkat tangan kanannya lalu menayangkan cincin tersebut pada Arlisa.

"Cantik.." puji Arlisa. Dia terpegun melihat cincin emas bertatahkan permata yang berkilau-kilau itu.

"Ni suami aku yang bagi.. cincin kahwin aku."

"Kau dah kawin?" Arlisa sekali lagi terpana.

"Ya.. kau nak tengok gambar suami aku dan anak aku? Nah ambil ni." Arissa memberi iPhone 4snya kepada Arlisa. Tertera gambar Adam dan Ameera tertancap di skrin. Adam seperti biasa kelihatan kacak dengan janggut dan misai yang dicukur rapi. Manakala Ameera, kanak-kanak berusia empat tahun itu kelihatan begitu comel bermeksi kuning.

Dia Bukan ArissaWhere stories live. Discover now