Dylan Ashraf menyepak tepat pada kepala. Dia menguak rambut yang terjuntai kebelakang. Manusia manusia yang sudah terkulai layu di pandang tenang.
Hoodie yang dia lempar tadi di ambil semula. Pipi yang lebab di gosok pelahan. Dylan Ashraf menganga luas untuk merenggangkan pipinya.
"Daebak!"
Zyan Miakael menepuk tangan dengan gembira. Dia turun dari tong sampah. Zyan Mikael berjalan kearah Dylan Ashraf. Lebih tepat kearah mangsa terakhir Dylan Ashraf.
Zyan Mikael duduk mencangkung. Rambut lelaki yang terbaring sakit di hadapannya di usap kasar. Lelaki tersebut membuka matanya sedikit.
"Small small don't die, big big troublesome." Zyan berbisik tepat pada telinga lelaki itu.
Dylan Ashraf memandang Zyan Mikael yang sedang berbisik. Berbisik? Tetap Dylan boleh dengan kerana suara Zyan cukup kuat untuk Dylan dengar. Sudah lah ayat lelaki itu pelik.
Dylan Ashraf memakai semula hoodienya. Zyan Mikael berdiri. Dia menoleh kearah Dylan Ashraf berdiri.
"Kau nak terus balik ke?" Zyan Mikael menyoal.
"Taklah. Ada tempat aku nak pergi." Dylan Ashraf menjawab.
Dylan Ashraf berjalan keluar dari lorong yang gelap itu. Dia meninggalkan Zyan Mikael di dalam lorong. Dylan Ashraf tiada mood mahu bercakap.
Dia terus berjalan sehingga sampai pada keretanya. Pintu kereta dibuka lalu dia masuk kedalam.
Kereta biru tersebut bergerak laju ke satu tempat. Setelah beberapa minit Dylan Ashraf memandu akhirnya dia berhenti di taman.
Dylan Ashraf keluar dari kereta. Dia menyandarkan basanya pada kereta. Nafas di tarik dalam. Kawasan taman yang gelap gelita di pandang.
Dylan Ashraf mengalihkan pandangannya kearah lain. Malas mahu melihat wajah papanya.
Air yang di pesan oleh papanya langsung tidak di sentuh oleh Dylan. Dia mengerling kearah jam tangannya sekilas. Dia ada meeting sebentar lagi.
"Papa nak Dylan datang majlis esok." Ujar Encik Darius sambil memandangan Dylan.
Mendengar kata kata yang di lontarkan oleh papanya Dylan terus mengubah pandangannya.
"Seriously?" Soal Dylan dengan wajah tidak percaya.
"Satu majlis dengan budak tak guna tu?"
"Dylan jaga mulut kamu!" Encik Darius memberi amaran.
Dia kurang senang dengan ayat Dylan.
"Papa nak majlis tu kucar kacir?" Dylan menyoal bersama segaris senyuman sinis.
"Dylan, tak boleh ke kamu terima mummy dan Zakhwan?" Encik Darius menyoal kecewa.
"Boleh" Kata Dylan. Dia memandang muka Encik Darius dengan tajam.
"Kalau mama boleh hidup balik." Sambungnya lagi.
Dylan bangun dari duduk. Inilah sebabnya dia malas mahu berjumpa papanya.
Baru saja Dylan mahu beredar Encik Darius bersuara.
"Datang. Tokma pun ada sekali."
Dylan terus pergi tanpa menjawab.
Nafas di hela berat. Dylan memicit dahinya. Boleh gila kalau asyik fikir benda sama. Dalam asyik Dylan memicit dahi, dia terlihat seorang gadis berlari kearahnya. Lebih tepat kearah keretanya.
Dia hanya memandang. Tiada niat mahu mengahalang. Gadis itu terus berlari lalu berhenti di tepi kereta milik Dylan.
Dylan merenung gadis yang duduk mencangkung di sebelah kakinya sambil tercungap-cungap.
Dia mengagak yang gadis itu tidak perasan tentang ke hadirannya. Tiba tiba Dylan mendengar suara seperti sekumpulan orang berlari.
Dylan memandang kearah suara tersebut. Dia melihat ada sekumpulan lelaki yang seakan mencari seseorang. Dylan memandang gadis itu kembali. Ada kaitan ke?
Apabila lelaki-lelaki itu pergi, gadis itu melepaskan nafas lega. Gadis itu berdiri tegak. Topi di atas kepala di betulkan. Gadis itu pusing.
"Wuarghh!"
Dia jatuh terduduk. Dylan memandangnya dengan kerutan di dahi. Gadis yang tertududuk itu di pandang sambil berpeluk tubuh.
Gadis itu mengurut lembut dadanya. Jantungnya berdegup laju kerana terkejut. Gadis itu bangun semula. Dia pandang Dylan.
"Maaf menganggu." Gadis itu menunduk sedikit pada Dylan. Gadis itu ingin beredar tapi di tahan oleh Dylan.
"Oi! Sini"
Langkah gadis itu terhenti. Dia memusingkan badannya memandang Dylan kembali. Gadis itu mengeluh. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Dylan.
"Kau dah ganggu aku, senang senang je kau nak blah." Ujar Dylan. Suara sengaja di buat garang.
Gadis itu hanya mampu menunduk. Dylan tidak berhenti dari merenung gadis itu. Tiba tiba handphone milik Dylan berdering.
Saat Dylan ingin menjawab panggilan tersebut, gadis itu mengambil kesempatan untuk melarikan diri.
"Sorry!" Gadis itu menjerit dari jauh.
Dylan hanya melihat. Tidak mahu menghentikan gadis itu. Panggilan telefon tadi di jawab.
"Tokma?"
YOU ARE READING
Dylan Darline | OG
ActionJika sudah takdir mereka bertemu pasti mereka akan bertemu walau dalam keadaan macam mana sekalipun. Itu lah yang terjadi kepada pasangan ini. Bertemu dalam keadaan yang kucar kacir. Takdirkah itu? Takdir atau kebetulan? "Suka betul kau dengan kere...