BAB 2

72 11 0
                                    

Dylan duduk di meja makan dengan wajah dingin. Lauk di hadapannya di pandang tidak selera.

Dia datang ke majlis hari jadi ayahnya pun kerana neneknya yang suruh. Dia langsung tiada mood.

Semua orang sudah mula makan kecuali Dylan. Dia hanya mendiamkan diri di meja makan itu. Nasi di hadapannya pun tidak di sentuh.

"Dylan." Tegur Tokma.

Tokma lihat dari tadi Dylan hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang Dylan tidak suka berada dalam majlis ini. Tapi dia sangat merindui cucu yang satu ini.

Mendengar suara tokma terus Dylan berpaling kearah tokma yang berada di sebelahnya. Semua memandang Dylan dan tokma.

"Kenapa tak makan sayang?" Lembut tokma menyoal. Kepala Dylan di usap lembut.

"Dylan dah kenyanglah tokma." Jawab Dylan. Dia melembutkan suaranya.

"Mengada. Makan jelah, hormat orang yang ada di sini."

Noriah, ibu tiri Dylan menyampuk. Dari tadi panas hatinya melihat kehadiran Dylan di majlis itu.

Mendengar itu, Dylan mengetao giginya. Riak wajahnya di sembunyikan sebaik mungkin. Sebolehnya dia tidak mahu merosakkan suasana.

"Iye? Ke nak tokma suap?" Ujar tokma bergurau.

Dylan tersenyum. Dia menggeleng kecil.

"Kau dengan Narsya sama je. Mengada."

Sampuk Noriah lagi. Nasi di suap kedalam mulut. Semua yang ada di situ mengeluh.

"Kau jangan nak babitkan nama mak aku!" Dylan berkata dengan suara keras.

Pantang sekali bila nama ibunya di babitkan. Dia merenung tajam kearah Noriah.

"Dylan! Jaga percakapan kamu!" Encik Darius mula menyampuk.

Dylan senyum sinis. Sudah lali dengan perangai papanya yang selalu memenangkan mak tirinya.

Dylan bangun. Telefon dan kunci kereta di ambil dari atas meja. Dia memandang tokma.

"Tokma, nanti Dylan pergi rumah tokma ye? Dylan tak boleh duduk sini."

Tokma mengangguk. Dia faham perasaan Dylan. Lengan cucunya di gosok lembut.

"Hati hati memandu ye sayang?"

Pesan Tokma. Dylan mengangguk. Sebelum dia pergi sempat dia mengatakan sesuatu.

"Kalau aku tak hormat orang yang ada di sini, dah lama meja di terbalik. Untuk pengetahuan kau, aku bukan teringin nak datang sini pun. Aku datang sebab tokma suruh datang."

Dylan memandang tepat pada mata Noriah. Pandangannya sangat tajam.

"Lagi satu, jangan babitkan nama mak aku aku. Kau buat lagi, hancur hidup kau. Don't try me." Sambung Dylan lagi.

Habis saja ayat yang mahu di lontarkan, dia terus pergi dari meja makan.

Semua orang yang berada di meja makan itu terdiam. Tiada siapa berani masuk campur.

Dylan berjalan menuju kearah kereta dengan perasaan marah. Mahu saja dia tampar mulut mak tirinya itu. Tapi dia tidak mahu menyebabkan kekecohan.

Dylan menggerakkan tangan kanannya mahu membuka pintu.

"Dylan!" panggil satu suara.

Tangan Dylan terhenti. Dia memandang dari mana suara itu berada. Mulutnya mengeluarkan keluhan kecil.

"Apa kau nak?" Dylan menyoal terus.

Danial berhenti di hadapan Dylan. Dia tengah panas hati sekarang ni. Dari tadi di dalam dia memerhati Dylan menengking ibunya.

"Berani eh kau tengking mummy aku?"

Danial berpeluk tubuh. Dia memandang wajah Dylan tajam. Dylan hanya beriak tenang. Langsung tidak takut.

"Sebab berani lah aku buat" Jawab Dylan.

Dylan membalas renungan tajam Danial.

"Kau nak mati ke?" Danial menyoal dengan lagaknya.

Dylan tersenyum sinis mendengar soalan berani Danial. Bagi Dylan, Danial hanya lah seorang budak mentah.

"Asal? Kau nak bunuh aku?"

Soalan dibalas soalan. Danial mengetap gigi.

"Kau jangan berani nak sentuh mummy aku!" Danial berkata tegas. Tangannya menunding kearah Dylan.

"Kau pun kena pastikan yang mummy kau tak akan sebut nama mak aku lagi." Ujar Dylan. Dia berpeluk tubuh.

"Kalau mummy aku sebut jugak?" Danial sengaja menduga.

Dylan mengukir senyuman sinis.

"Kau kena siapkan keranda." Ujar Dylan.

Dia membuka pintu keretanya lalu masuk kedalam. Tanpa memperdulikan Danial yang sedang terpinga-pinga, Dylan terus memandu laju keretanya.

"Dylan!" Danial menjerit marah.

-------

Darlina berlari dengan laju. Sangat laju. Sesekali dia menoleh ke belakang. Beg tangan perempuan yang baru saja di ragutnya di pegang erat.

Darlina Mikayla. Seorang pencuri yang agak handal. Setiap malam pasti dia dapat mencuri sekurang-kurangnya satu dompet.

Darlina melihat sederet kereta yang di parking di hadapan sebuah kedai. Dia perlu bersembunyi. Para manusia yang sedang mengejarnya makin hampir.

Tanpa membuang masa Darlina cuba membuka salah satu pintu kereta yang ada di situ. Terkunci! Darlina cuba membuka pintu satu persatu sehingga kereta yang terakhir.

Darlina berdoa supaya kereta tersebut tidak berkunci. Dia cuba membuka. Terbuka! Tanpa membazikan masa satu detik pun, Darline terus masuk kedalam.

"Mana dia?! Korang pergi sana!"

Darlina menunduk sedikit apabila dia mendengar suara tersebut. Apabila dia yakin orang di luar sudah pergi, Darlina bangun dari menunduk.

Dia menarik nafas lega. Darlina menoleh kearah kanan. Alangkah terkejutnya dia apabila sepasang mata miliknya bersabung dengan sepasang mata milik orang lain.

Dylan Darline | OGWhere stories live. Discover now