BAB 3

56 9 0
                                    

Dylan merenung wajah Darlina dalam. Gadis itu seakan terkejut apabila melihat dirinya. Diam seperti patung.

Dylan merapatkan wajahnya ke wajah Darlina. Hidung mereka bersentuhan. Darlina masih diam tidak berkutik.

"Suka betul kau dengan kereta aku kan?" Soal Dylan.

Matanya masih memandang tepat pada mata Darlina. Nafas gadis itu laju. Mendengar soalan Dylan, Darlina seakan baru tersedar. Darlina menolak badan Dylan agar menjauh darinya.

Panik Darlina cuba membuka pintu kereta. Tapi awal awal lagi Dylan sudah mengunci pintu kereta. Dylan bersandar pada pintu kereta sambil memeluk tubuh.

Dia memerhati Darlina yang kalut cuba membuka pintu. Gadis itu terasa macam mahu menangis. Macam mana boleh ada orang dalam ni?

"Kenapa mereka kejar kau?" Soal Dylan.

Hatinya terdetik rasa ingin tahu. Sudah dua kali dia melihat gadis itu dikejar. Tidak salahkan jika dia bertanya?

Darlina tidak menjawab. Dia berputus asa cuba setelah beberapa minit cuba membuka pintu. Darline menunduk.

"Oi?"

"Nak keluar" Darlina bersuara. Pelahan saja suara ang di gunakan.

"Jawab dulu soalan aku"

Darlina mengeluh. Takkan dia mahu beritahu yang dia di kejar kerana mencuri. Darline diam membisu.

"Tak jawab kau tak dapat keluar" Ujar Dylan mengugut.

Matanya tidak lepas dari memandang Darline. Dia sedikit tertarik pada gadis di hadapannya.

Darline menggelabah. Kalau lelaki itu tidak membenarkan dia keluar, bagaimana dia mahu pulang ke rumah?

"Saya mencuri." Jawab Darline perlahan. Dia malu dan takut.

Dylan terdiam. Dia tidak menyangka bahawa gadis kecil seperti Darline adalah pencuri.

"Saya nak balik."

Darlina memandang Dylan. Sekejap saja dia sudah mengalihkan padangan dari menatap wajah kacak lelaki itu.

"Apa nama kau?"

Mata Darline berkelio-kelip. Kenapa lelaki itu mahu tahu?

"Darlina."

"What?"

Dylan menyoal lagi. Dia mahukan nama panjang gadis itu. Darlina mengeluh tanpa dia sedar.

"Darlina Marsya." Darlina memberitahu nama panjangnya. Dia berharap lelaki itu puas.

"Okey."

Ujar Dylan puas. Dia membuka kunci kereta. Laju saja Darline keluar dari kereta selepas kunci di buka. Dylan memerhati Darline yang berlari menjauhi keretanya dari dalam. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

"Darlina Marsya" Nama itu meniti keluar dari bibirnya.

-------

Noriah menghempas beg tangan berjenama miliknya keatas meja. Mukanya jelas menunjukkan riak tidak puas hati.

"Berani budak mentah tu malu kan mummy? Depan keluarga pula tu!" Ujar Noriah kepada anak lelakinya yang baru masuk kedalam bilik.

"Sabar my. Tahu lah macam mana Dan nak ajar dia." Ujar Danial cuba menenangkan mummynya.

Dia juga geram dengan perangai Dylan yang acah kuat itu. Suka hati saja mahu memarahi mummynya.

--------

Darlina duduk berteleku di atas katil sambil termenung. Dia termenungkan kejadian tadi.

Pandangan lelaki itu sangat menyeramkan. Tapi, Darlina agak selesa dengan pandangan lelaki itu.

Darlina menggeleng kepalanya. Mengapa dia perlu memikirkan perkara itu?

"Jap."

Kata Darlina selertinya dia teringatkan sesuatu.

"Suka betul kau dengan kereta aku kan?"

"Apa maksud lelaki tu?" Darlina menyoal dirinya sendiri.

Dia tidak boleh memikirkan apa apa memori tentang lelaki itu. Lebih tepat dia tidak ingat.

"Lantak lah."

Darlina berbaring. Selimut di tarik sehingga ke paras dada. Dia malas mahu memikirkan tentang lelaki asing itu. Hidupnya sudah cukup serabut.

Dylan Darline | OGWhere stories live. Discover now