Zyan berjalan dengan megah sekali. Orang orang yang menyapanya langsung tidak di pandang.
Mukanya tidak beriak. Dia terus mengatur langkah tanpa memperdulikan mata yang memandangnya.
Pintu pejabat milik Dylan di buka. Lelaki itu sedang tekun membuat kerjanya. Matanya tidak berkelip langsung.
Zyan berjalan menuju kearah meja Dylan. Ada sesuatu yang dia harus meklumkan pada lelaki itu.
"Bro." Zyan menyapa Dylan. Dia duduk di kerusi yang di sediakan di situ.
"Hmm."
Dylan langsung tidak memandang Zyan. Kerjanya lebih penting.
"Ada something aku nak bagitahu ni."
Zyan cuba menarik perhatian Dylan. Tapi usahanya hanya sia-sia apabila lelaki itu tidak memandangnya.
"Aku ada maklumat pasal Darlina Mikayla."
Mendengar nama yang disebutk oleh Zyan, Dylan terus mengangkat kepalanya memandang Zyan.
"Ceh kau." Zyan mencebik. Sakit hatinya melihat kelakuan Dylan.
"Apa dia?"
Dylan menyoal. Laptop di hadapannya tidak lagi di pandangan.
"Darlina tu dia tinggal dekat taman yang tak jauh dari rumah papa kau. Rumah dia boleh tahan besar gak lah. Dia duduk dengan makcik dia."
Zyan berhenti. Apple yang tersedia di atas meja Dylan di ambil lalu di gigit.
Dylan berfikir sejenak. Kalau rumah besar kenapa mencuri?
"Tapi..."
Apple digigit lagi. Dylan menunggu ayat Zyan yang seterusnya.
"Tapi, hubungan dia dengan keluarga makcik dia tu tak berapa baik."
"Means?"
Dylan pandang Zyan menyuruh lelaki itu menyambung ceritanya.
"Means, makcik dia tu tak suka dia. Dalam rumah tu takde siapa suka dia kecuali pakcik dia. Setiap hari dia yang akan kemas rumah tu, basuh baju orang yang tinggal dalam rumah tu. Makan pun dia kena beli guna duit dia sendiri."
Dylan mendengar dengan sangat teliti. Zyan mengahabiskan apple dengan empat gigitan terakhir sebelum membuang tangkai (?) apple tersebut kedalam tong sampah.
"Aku tahu pun dari jiran terdekat dia lah." Zyan menyambung lagi.
Dylan tidak memberi sebarang reaksi. Lelaki itu hanya diam dan mengabaikan Zyan di situ.
_______________
Darlina mengeluh. Entah kali keberapa dia menyental baju itu. Dia sendiri tidak tahu. Tangannya sudah pedih kerana menyental terlalu lama.
Makciknya yang sedang berdiri sambil memerhati dirinya dipandang melalui ekor mata. Dia tertanya-tanya bila makciknya mahu beredar.
"Tu sental kat bahagian situ." Jari di tunding ke baju yang di pegang oleh Darlina.
Darlina lihat bahagian yang di tunjuk oleh makciknya. Tapi tiada kotoran langsung di situ. Darlina hanya menurut. Ada atau tidak dia akan terus menyenta sehingga makciknya berpuas hati.
Setelah setengah jam Darlina menyental akhirnya dia boleh menyidai baju tersebut. Darlina jemur dengan berhati-hati. Takut jatuh pula baju tersebut.
"Pergi strika baju Alya yang ada atas meja tu. Dia nak pakai pergi date. Jangan hanguskan!"
Makcik Darline mengarah Darlina dengan tegas. Darline mengangguk sebagai jawapan.
Dia tidak akan boleh berehat selagi pakciknya belum pulang. Tangan yang lenguh di abaikan.
--------
"Kau gila ke?!" Zyan menyoal kerana terkejut. Dylan di pandang. Lelaki itu hanya beriak tenang.
"Tak. Esok buat macam yang aku suruh." Zyan menggeleng tidak percaya. Dia tak percaya yang dia ada kawan yang pendek akal macam Dylan ni.
"Kau dah pikir masak masak ke Lan? Papa kau macam mana?"
Wajah Dylan di pandang meminta kepastian. Dylan senyum sinis.
"Lantak lah. Yang aku tahu esok buat macam yang aku suruh."
Dylan mengulang ayatnya kembali.
"Tap—"
"Dah aku nak pergi meeting."
Pantas Dylan memotong ayat Zyan. Dia terus keluar dari pejabatnya meninggalkan Zyan sendirian di situ.
"Memang gila." Zyan menggeleng sendiri.
YOU ARE READING
Dylan Darline | OG
ActionJika sudah takdir mereka bertemu pasti mereka akan bertemu walau dalam keadaan macam mana sekalipun. Itu lah yang terjadi kepada pasangan ini. Bertemu dalam keadaan yang kucar kacir. Takdirkah itu? Takdir atau kebetulan? "Suka betul kau dengan kere...