selak

138 2 0
                                    

Not not bernilai,
Berterbangan disaat aku melihat kamu berdiri nan indah di singgah sana yang sentiasa menjadi tumpuan lautan manusia.
Perlahan lahan aku merangkak mencari kamu.
Apabila tiba saat kau terima perjanjian kita.
Aku sambut ketibaan kau,
Dengan senyum lebar di wajahku.

Hari demi hari,
Percintaan antara kita semakin dalam.
Erat genggaman di setiap masa,
Ada kala,
Kau memberikan aku madu
Ada kala kau berikan aku hempedu.
Ada kala,
Kau menaikkan aura mistik di sekelilingku.

Aku selak satu persatu wajah mu,
Tenang mengisi dunia aku.
Hanya kau dan aku sahaja.
Tiada yang menggangu.

Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan,
Kita telah pun menamatkan temu janji dilapangan waktu.
Inilah detik paling aku benci.
Aku....

Aku...
Harus tinggalkan kau.
Menghantar engkau ke singgah sana baru,
Sedikit sebanyak,melegakan aku,
Dan membuat aku ingin kembali
Bersama diri mu.

Namun,
Yang menanti terus menanti.
Selakan terakhir pada dirimu,
Membuat aku tersenyum sendiri.

-armaya-

Voice Of BlackRose 🌹Where stories live. Discover now