.bukan tak redha.

26 1 0
                                    

Aku mengulang kisah aku,
Bukan kerana aku tak redha,
Dengan segala yang menghimpit lagi menyesakkan jiwa,
Bukan kerana aku tak redha.

Aku pun manusia.
Manusia yang perlu alirkan emosi aku ke lautan ketenangan.

Aku pun perlukan telinga untuk menadah kata kata aku,
Walaupun kau tidak sudi memberi kata kata gembira.
Cukup sekadar kau mendengar dengan setia.

Aku pun manusia,
Bukan kerana aku tak redha.
Tapi aku penat,
Lelah tahan sendiri.

Akhirnya,
Aku menghadap ilahi di malam hari.
Kerana dia saja yang tahu isi hati
Walaupun mulut terkunci.

Bukan aku tak redha.

Voice Of BlackRose 🌹Where stories live. Discover now