Amran, Farhan dan Faizal melihat sehelai kertas keras dan duit syiling lama terdapat di dalam kotak kayu itu.
Tiba-tiba , bau hanyir darah yang meloyakan singgah di hidung kami bertiga. Tidak lama selepas itu bau itu hilang dengan sendirinya.
Amran mencapai kertas keras itu. Setelah melihat tulisan merah di atas kertas keras itu, aku tahu itu ialah permainan OUIJA!
"Ehh Amran! Ni kan permainan memanggil roh"
"Aku rasa baik kau pulangkan balik benda ni pada Pak cik Azman"
"Tu lah, bukak benda ni pun dah macam-macam benda jadi"
"Ala korang ni penakut sangat lah. Permainan je kot. Jom kita main nak?"
"Esoklah wei, kita rehat-rehat dulu. Penat kot.
"Hmm oklah, nanti kau ajak la Alif datang sini main gak ngan kita. Dia kan suka benda-benda macam ni."
Alif juga seperti Pak cik Azman iaitu suka akan benda-benda mistik tetapi tidak suka mengumpul barangannya.
Amran menjemput Alif kerana dia tahu bahawa Alif mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang hal ini.
Takut ada benda yang buruk berlaku, Alif boleh menjadi penyelamat untuk kami.
Vote✨
YOU ARE READING
THE OUIJA | malay
HorrorAmran iaitu seorang jejaka telah tersilap langkah telah menyebabkan roh berdendam yang sudah lama terkurung dibebaskan kembali mengakibatkan nyawa kawan baiknya sendiri tergadai begitu sahaja. Tapi siapakah sebenarnya yang berdamping dengan roh itu...