CEMPAKA

66 20 9
                                    

"Wei aku takut ahh"

"Ala bukannya roh tu muncul merangkak depan kau pun Faizal"

"Ehh, kau ni mulut memang celupar kan Amran, datang merangkak betul-betul baru kau tahu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ehh, kau ni mulut memang celupar kan Amran, datang merangkak betul-betul baru kau tahu"

Farhan dan Alif hanya mampu tersenyum melihat telatah Amran dan Faizal.

"Ehh dah-dah. Cepat laa tanya soalan"

"Alif, kau mula dulu ah"

"Hmm, okay. Wahai roh, apa nama kau?"

Duit syiling lama mula bergerak ke arah abjad dan membentuk satu perkataan.

C-E-M-P-A-K-A

"Cempaka, berapa umur kau?"

Duit syiling lama itu bergerak lagi tetapi ke arah angka pula dan menyatakan bahawa umurnya sudah mencecah 100 tahun.

Tiba-tiba, bulu roma Amran meremang. Dia dapat merasakan bahawa bukan kami sahaja yang berada di situ.

Amran tahu Cempaka juga disitu tapi aku dapat merasakan kehadirannya dengan begitu kuat.

Dia memandang Alif, Farhan dan Faizal tetapi mereka seperti biasa sahaja. Seperti hanya dia yang mengalami perasaan ini.

PAP!!

Lampu terbuka sendiri

PAP!!! Terpadam

"Weh Alif kenapa ni?" Tanya Faizal dengan resah.

"Ala jangan risau dia acah je tu. Nanti kita suruh balik, dia balik la"

Walaupun Alif berkata begitu, tetapi Amran rasa tidak. Cempaka seperti tidak akan balik.

Dari awal dia membuka kotak kayu itu, sudah bermacam-macam benda berlaku.

Tapi kenapa dia?

Ahhh. Tak mungkin. Mungkin Amran terbawa-bawa. Mungkin ini hanya khayalan.

Dari jauh...

Cempaka dengan muka hodoh bermata putih dan berpakaian lusuh berdiri di belakang almari memandang mereka dengan wajah penuh gembira.

Gembira. HIHIIHIIIII... dia mengilai tetapi tidak didengari manusia biasa. Hanya dia yang mendengarnya.

Gembira. Kerana jerat yang beratus tahun akhirnya dimakan oleh seorang pemuda.

Gembira. Kerana kini dia boleh bebas dan terus menghancurkan hidup anak-anak cucu Adam.

Gembira. Kerana dia dapat melepaskan dendam yang tersirat sudah beratus tahun iaitu yang membuatkannya memilih jalan yang salah.

Vote✨

THE OUIJA | malay Where stories live. Discover now