Who Are You?

19 0 0
                                    

"Shane, nak ikut tak?" Soal Ilham. Aku mengalihkan pandangan dari kaca television ke arah wajahnya yang agak muak aku lihat tiap hari.

"Mana?" Kening aku jongket. Lengkap berpakaian seperti gaya dak dak jaman now, nak kemana abang aku sorang ni?

"Dating." Ew.. Pergi dating ajak aku, buat apa? Buang tebiat betul brader aku ni lah!

Aku buang muka. Fokusku kembali ke kaca television. Kacau aku tengok tv je!

"Woi, nak ikut ke tak?" Soalnya lagi.

"Ajak aku sekali buat apa? Takde masanya aku nak jadi tunggul bagai." Ujarku tanpa memandang ke arahnya.

"Bodoh ah budak ni. Aduii... Aku tak pergi dating la lembab. Nak dating dengan siapa? Awek pun takde. Aku nak gi Pavi, nak join ke tidak?" Pavi?

Laju aku berdiri dan mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurku. Soalan Ilham aku biarkan tidak berjawab. Faham sendiri la dia.

Hoodie berwarna merah aku keluarkan dari almari. Seluar jeans hitam menjadi pilihan. Simple.

Tak sampai 10minit, aku dah menapak turun ke ruang tamu. Santai Ilham menggantikan tempat duduk ku di sofa tadi.

"Jom." Aku tarik lengan besarnya. Bapak berat abang aku ni!

Dia lempar senyuman sinis. Keningnya di jongket beberapa kali. Nak kata aku kecil dan lemah la tu. Eleh! Siap kau!

Dengan kuat, aku pijak kaki kirinya yang kebetulan berada dekat dengan kakiku. Huhuhu. Maaflah brader. Adik anda yang rupawan ni seorang gangster.

"Aduh! Woiii!" Laju dia mngusap kaki kirinya beberapa kali. Aku tayang muka selamba lalu menapak ke arah pintu utama.

"Cepatlah lembab." Giliran aku panggil dia lembab. Seronok sangat kata aku bodoh tadi.

"Ganas gila. Tabik spring aku dekat bakal laki kau. Tu pun, kalau ada la." Eh eh mamat ni.

"Diam, Ham." Aku bagi dia amaran. Takdenya dia nak dengar. Digelakkannya aku adalah.

💥💥💥💥💥

Aku dan Ilham menapak masuk ke dalam kedai kasut. Dia pergi kiri, aku pergi kanan. Dia sibuk dengan hal dia, aku sibuk hal aku. Yelah, bahagian perempuan dan lelaki kan berlainan.

Tengah fokus mencari kasut mana yang sesuai dengan taste aku, tiba-tiba tanganku ditarik dari belakang.

Tangan kiriku yang kini dalam genggamannya, aku lihat sekilas. Fokusku kembali ke arah rak kasut tadi. Weh! Aku dah jumpa taste aku!

Aku ikut melangkah tanpa sedar. Tapi mulutku membantah perlahan.

"Aku tak habis lagi tengok kasut." Aku palingkan wajah ke arah orang yang aku sangkakan Ilham.

Eh? Siapa ni?

Dengan agak lembab aku mencerna maklumat yang baru saja aku terima.

Aku kena culik ke?! Asal dia tarik tangan aku ni?

Aku melihat genggamannya di tanganku seketika lalu aku mendadak berhenti.

Dia agak terkejut dengan tindakanku, lalu segera memalingkan wajahnya ke arahku.

Sebaik sahaja mata kami bertemu, dia terkedu besar.

Cepat-cepat dia lepaskan tanganku.

"Sorry, I thought you're my sister." Tangan kanannya dia usap perlahan ke bahagian tengkuk. Rasa bersalah kot atau.. Malu?

Aku tunjuk senyum sumbing. "It's okay."

Aku ingatkan si Ilham tu yang tarik aku tadi. Phew! Time to buy the shoes!

UnexpectedlyWhere stories live. Discover now