DK 5

288 28 1
                                    

'Hadiah paling bermakna ialah hadiah daripada orang yang tersayang'

♧♧♧

12.9.1999
Today is my birthday. Hari ni hari yang paling bahagia untuk aku dan hari sengsara aku menjawab exam besar. Hari ni, hari last aku menjawab periksa dan yeah, segala derita dah hilang. Ibu dan ayah membelikan aku sebuah skuter berwarna hijau, sebenarnya aku minta kasut tapi tak apalah. Mungkin ibu ayah tak dapat cari kasut apa yang aku nak? Kawan-kawan aku juga pada mulanya tidak melayan aku langsung dari mula sekolah sampailah tamat persekolahan. Aku kecil hati juga tapi selepas itu aku kembali gembira. Mereka membuat aku kejutan lepas sahaja habis sekolah.

***

"Mai, mari sini"

Aku yang baru sahaja keluar bilik dengan memakai baju kurung sekolah agama, pergi ke arah ibu dan ayah. Mereka berdua tersenyum melihat aku yang semakin menghampiri diri mereka.

Aku duduk bersila didepan ibu dan ayah. Maya pula duduk ditengah-tengah ibu dan ayah.

"Kenapa panggil Mai? Mai nak pergi sekolah ni. Hari ni Mai jaga koperasi sebab tu Mai kena gerak awal"

"Ibu dengan ayah nak bagi sesuatu untuk Mai. Tutup mata dulu baru ibu tunjuk"

Aku hanya akur dan aku menutup mata dengan tangan.

"Mai, buka mata" Aku melepaskan tangan dan membuka mata aku perlahan-lahan. Sakit mata apabila terlalu lama menutup mata.

"Tada! Selamat hari jadi Mai"

Aku tersenyum lebar. Mereka mengucapkan selamat hari jadi untuk aku. Aku melihat skuter berwarna hijau didepan aku. Senyuman aku mula mengendur. Skuter? Bukan aku cakap aku nak kasut brand sekarang ke? Takpelah, mungkin ibu dan ayah tak dapat cari kasut yang kau nak tu Mai.

Aku cuba mengukirkan senyuman. Ye, tak apalah. Kasut tu bila-bila je kau boleh dapat. Lagipun kasut tu mahal, mampu ke untuk ibu dan ayah beli? Kau ni banyak betul menyusahkan ibu dan ayah.

"Selamat hari jadi, sayang. Ibu dan ayah harap Mai boleh jadi kakak yang baik untuk adik. Yang boleh jadi anak solehah. Anak yang tak melawan cakap ibu dan ayah. Ibu dengan ayah doakan Mai dapat result yang baik dalam Upsr dan Upsra"

Aku mengangguk dan senyum manis. Ucapan ibu dan ayah memang tak pernah mengecewakan aku.

"Terima kasih, ibu ayah. Maya juga. Terima kasih tuliskan kad ucapan happy birthday. Kak Mai appreciate sangat. Skuter ni kalau Maya nak main, mainlah tapi jangan lupa simpan dekat bilik mainan Maya. Okaylah, Mai pergi sekolah agama dulu"

"Lutfa!"

Aku jalan dengan cepat untuk mendapatkan Lutfa dan yang lain. Tetapi mereka tidak berhenti untuk tunggu aku, memasuki kelas bersama-sama.

"Korang!" Sama juga macam tadi. Mereka tidak dengar ke aku jerit? Aku sudah sakit tekak ni.

Masuk saja dalam dalam kelas, aku terus pergi ke kumpulan aku. Lutfa, Tina, Sofiah dan Tasha.

"Korang bukannya nak tunggu aku pun er? Sakit tekak aku jerit. Korang tak dengar ke?"

"Tasha, nanti kau tolong aku eh balutkan benda ni"

Tina menunjukkan sesuatu dibawah meja. Aku memanjangkan kepala untuk melihat benda itu, tetapi dimarahi oleh Sofiah. Aku tersentak. Mata aku mula bergenang.

"Kau tak payah sibuk lah nak tengok. Ni hal kitorang, bukan hal kau. Sedarlah diri tu sikit. Jangan nak jadi buzybody boleh tak? Tak malu ke intai-intai orang punya barang? Jomlah kita masuk dewan, tinggalkan Mai"

Lutfa, Tina dan Tasha hanya mengikuti langkah Sofiah yang sudah pun keluar untuk ke dewan. Periksa diadakan didalam dewan. Aku sempat memegang tangan Lutfa.

"Korang kenapa? Kenapa layan aku macam ni? Aku ada buat salah ke? Aku minta maaf. Jangan layan aku macam ni, please. Aku mera—Lutfa!"

Tidak sempat aku bercakap, Lutfa terus menepis tangan aku dan memandang aku tajam. Aku menundukkan kepala.

"Dahlah, kau pergi ambil barang-barang kau semua. Masuk dewan. Exam dah nak mula"

Habis saja menjawab periksa, aku terus masuk ke kelas untuk mengambil beg, aku mahu balik. Tiada siapa pun yang layan aku tadi. Aku ada buat sesuatu yang buruk ke?

Baru sahaja aku mahu membuka pintu kelas, pintu telah dibuka oleh Sofiah. Dibelakangnya ada Tina, Tasha dan Lutfa. Mereka hanya memandang aku. Aku juga memandang mereka. Malas nak bertekak, aku berura-ura mahu keluar dari kelas tetapi beg aku ditarik oleh Sofiah hinggakan aku kebelakang.

"Apa ni? Lepaslah. Aku malas nak bertekak dengan korang. Aku tak tahu apa salah aku sampaikan semua orang tak nak layan aku. Ak—"

"Happy birthday!"

Aku kaku, luahan aku tadi dipotong oleh Sofiah. Sofiah tersenyum lebar memandang aku yang sudah bergenang air mata. Lutfa, Tasha dan Tina memeluk aku sambil itu menyuruh aku berhenti menangis.

"Shhh janganlah nangis, Mai. Kitorang pun rasa nak menangis tau. Sorry, sebab tak layan kau tadi. Tu plan kitorang. Masa kau nak tengok apa yang Tina pegang, kami semua dah cuak. Tu sebenarnya hadiah kau. Kitorang kumpul duit untuk cuci gambar kita semua dan letak dalam satu buku. Nah, hadiah kau"

Lutfa memberikan aku sebuah buku. Buku yang ada gambar-gambar aku sorang, gambar bersama mereka. Aku terharu. Tak sangka. Lagilah air mata keluar.

"Korang jahat tak layan aku! Aku bosan takde orang nak tegur aku!"

"Mai, kitorang minta maaf sangat. Masa dekat dewan tadi, kami semua terkejut bila pengawas kata kau menangis. Kitorang tak tahu nak buat apa dah cumanya kitorang berdiam diri. Aku tahu kau menangis mesti sebab kitorang yang tak layan kau. Ya Allah Mai, sumpah aku cakap aku berdosa sangat sebab bersubahat dengan dorang ni"

"Takpelah, aku dah maafkan. Terima kasih sebab bagi aku hadiah. Hadiah ni paling bermakna yang aku dapat!"

"Hahaha ye Mai, hadiah tu paling bermakna untuk kau. Btw happy birthday to you, again. We love you!"

Mia pov

"12 september Kak Mai lahir. Wah dekat betul dengan hari jadi ib—"

"Mia, mari makan! Ibu dah siap masak ni. Kak Maya kejap lagi pun dah nak balik dari UM"

Aku yang ingin menyelak halaman ketiga terus tidak jadi untuk selak. Aku mendengus.

"Hish, kacau saja orang nak baca buku diari Kak Mai ni. Wahai buku, kau duduk sini diam-diam nanti malam aku baca kau lagi ye!"

Aku menutup diari Kak Mai dan letak atas meja itu. Aku berjalan keluar dari bilik bacaan itu dan terus turun ke dapur. Nak makan!

🙊🙊🙊

🌻To be continue🌻

Chapter 5, done✔

[Dah lama tak update hahaha]

Diari KakakWhere stories live. Discover now