DK 30

226 19 0
                                    

14.5.2006
Ini privasi aku. Barang aku, semuanya privasi aku. Tidak perlu diusik. Aku pantang sungguh apabila orang menyibuk tentang hal aku. Macam aku kata, barang aku semuanya hak milik Mai Nafeesa!

♧♧♧

"Mai, tolong ibu kejap!"

Aku yang sedang baring diatas katil bangun pergi kedapur.

"Apa dia, ibu?"

"Mai tolong gorengkan ikan. Ibu nak jaga Mia kejap. Mia tu dah ngantuk tinggal nak tidur je. Tolong kejap eh?"

Aku mengangguk. Setakat goreng ikan, apalah sangat. Dah biasa kena percikan minyak. Kulit pun selalu menggelupas.

Haritu, aku dan Aiden mengambil slip keputusan SPM kami. Aku bukanlah bijak sangat. Setakat 6A, apalah sangat. Itupun dipandang rendah oleh keluarga. Aku tahu, keturunan aku semua pandai-pandai. Abang dan kakak saudaraku sangat pandai. Setiap peperiksaan, semua straight A.

Aku dan kakak/abang saudaraku lain-lain. Aku dan mereka tidak sama format, silibus. Dapat aku katakan, batch aku ramai yang depressed kerana ibu dan ayah mereka push pasal SPM. Aku pun ikut depressed tetapi lagi teruk dari mereka semua sehinggakan aku masuk ke hospital. Ibu dan ayah, tak tahu. Aku sendiri yang pergi kehospital untuk menerima rawatan.

Aku menganggur ke? Tidak. Aku adalah novelist. Sudah beberapa buku aku keluarkan dan alhamdullilah ramai orang membeli buku aku. Kini, aku sudah berjaya. Tiada lagi orang mahu pijak kepala aku. Rumah yang kami duduk dari dulu sampailah sekarang, aku mampu decorate saja. Mahu beli rumah yang lagi besar, tapi wang perlulah memainkan peranan. Hidup sekarang hanya wang, wang dan wang. Jika kau mahu hidup dibumi ini, kau perlu mempunyai wang. Kalau tidak ada, orang lain hanya mempermainkan kau saja macam bekas kawan-kawan baik aku.

"Ibu, Mai dah siap goreng ikan. Mai masuk bilik dulu eh"

Aku meletakkan ikan goreng itu disebuah pinggan dan letakkan diatas meja makan. Aku terus masuk kedalam bilik. Tika aku membuka pintu bilikku. Ada sekujur tubuh sedang membaringkan badannya diatas katil bersaiz single aku sambil dia bermain telefon Samsung aku. Aku terus merampas telefonku dan membuatkan orang itu tersentak.

"Ayah ni kenapa?"

"Apahal?"

"Ayah kenapa nak baca chat Mai dengan Aiden?!"

"Suka hati akulah. Berani ye kau tinggikan suara dekat aku? Aku ni bapak kau tahu tak?!"

Tubir mataku mula hangat. Ini aku tak suka. Bila ayah aku sendiri menggunakan kuasa vetonya.

"Selama ni ayah mengaku ke yang ayah ni bapak Mai?"

"Selama ni ayah mengaku ke Mai ni anak ayah?"

"Ayah tak pernah mengaku semua tu! Mai tebalkan muka bila orang bercakap tentang keluarga Mai dera Mai. Mai tak pernah bukak mulut bila bercakap tentang keluarga. Orang anggap Mai anak pungut sebab ibu dan ayah pukul Mai! Mai ni sebenarnya siapa?"

Suara aku mula berketar. Badan aku yang menggigil tahan kemarahan aku tidak hiraukan. Aku sakit hati apabila bergaduh tentang keluarga. Aku muak semua ni.

Ayah hanya diam. Dia duduk dibirai katilku. Ibu juga masuk kedalam bilikku dan mendapatkan ayah supaya ayah bertenang.

"Mai ni kenapa? Ada saja nak buat ayah kau marah. Diam-diam sudahlah. Tu, Aiden ada dekat depan tunggu kau"

See, tiada siapa yang backup aku. Tiada siapa. Aku bagaikan hidup sebatang kera. Ada keluarga, tetapi semua pentingkan diri sendiri dan membiarkan aku seorang diri tanggung sakit. Hidup aku berbelit, tidak pernah lurus.

Aku alihkan perhatianku pada telefon Samsungku pula. Chat Aiden aku buka.

"Tengok ni, ayah baca semua chat Mai. Ayah ada telefon, ayah bacalah chat ayah punya sendiri. Ini privasi Mai. Mai perlukan privasi. Ibu dan ayah tak perlu kongkong Mai. Mai dah besar. Dulu masa Mai kecil, Mai dah anggap diri Mai dah remaja, dah dewasa sebab Mai yang jaga makan minum korang semua"

Serentak itu aku keluar dari bilikku dan mendapatkan Aiden.

"Jom Aiden"

"Kau ada masalah ke?"

Aku menggeleng.

"Kalau ada masalah, bagitahu aku. Aku ni tunang kau. Nanti tak sempat nak kahwin, kau mati bunuh diri pulak"

"Kenapa pulak?"

Aiden mengeluh.

"Aku tahu kau hidup pendam perasaan kau sendiri. Kau tak pernah luahkan. Kau tak penat ke tanggung sorang diri? Aku kes—"

"Tak perlu kesiankan aku. Aku dah biasa hidup macam ni. Hidup aku tak pernah bahagia. Aku terseksa tapi aku kuatkan diri untuk hidup. Memang dulu aku nak sangat bunuh diri tapi aku dah taubat. Aku tak nak buat benda tu lagi. Menyakitkan diri aku. Baik aku mati dalam keadaan malaikat sendiri yang tarik nyawa aku"

"Mai..Kenapa sampai ke situ pulak? Tak suka lah bila kau cakap macam ni"

Aku senyum hambar dan memandang langit. Ada bintang. Cakap pasal bintang, aku teringat dimana aku menyanyi lagu Tentang Bulan kepada bekas kawan-kawan baikku. Aku terasa bodoh ketika itu kerana aku menyanyikan lagu itu kepada orang yang membenciku sendiri. Air mata mereka hanya dibuat-buat. Kenapa lah aku tak perasan semua ni.

"To be hurt, to feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one there to save you
No you don't know what its like
Welcome to my life"

"Lagu ni macam hidup aku sendiri"

Aiden memandangku dengan dahi yang berkerut.

"Maksud kau?"

"Kau akan tahu segalanya. Selepas aku pergi dari sini"

🙈🙈🙈

🌻To be continue🌻

[Hai, mira buat comeback muahaha]

Diari KakakWhere stories live. Discover now