DK 28

218 21 2
                                    

8.12.2005
Mahu luluh jantung aku apabila terjadi sesuatu kepada keluarga aku. Kenapa benda ini berlaku sekejap sangat? Kenapa? Kenapa hidup aku macam ni? Sudahlah, aku penat. Penat dengan semua ni.

♧♧♧

"Mai, kita bersiap sekarang!"

"Kenapa? Mai tengah baca bukulah. Esok exam"

"Ayah dan Maya masuk hospital sebab kemalangan. Takkan Mai masih lagi pentingkan exam tu lagi!"

Aku terkejut lalu cepat-cepat aku mengemas barang. Baju sekolah bersama tudung yang sudah tergantung aku ambil. Beg sandang aku bawa. Kasut sekolah aku pakai bersama stokin. Ibu melihat aku atas bawah.

"Ni kenapa Mai pakai macam ni? Kenapa nak bawa baju sekolah jugak?"

"Mai nak jaga ayah dan Maya dekat hospital. Jomlah"

Kami terus keluar dari rumah dan menuju kehospital. Aku harap hanya cedera ringan saja. Aku tidak bersedia kalau Allah tarik nyawa ayah dan Maya. Semenjak ini, aku perasan ibu tukar cara panggilannya terhadap aku. Sebelum ini aku-kau, sekarang sudah panggil nama aku. Masa tu, aku lah yang bahagia walaupun agak kekok.

"Ayah dan Maya dah sedar?"

Masuk saja wad, aku menegur ayah dan Maya yang sedang duduk. Mereka tersentak. Ibu membelek muka Maya yang terlihat kesan luka. Pasti cermin bergeser dimukanya.

"Dah lama dah. Kami cuma cedera ringan saja. Tapi tulah, Maya trauma. Ayah punya kaki pun berbalut. Maya pula kepalanya terhantuk dekat kereta tadi. Sampai berdarah"

"Mestilah berdarah. Kalau tak berdarah, apa function masuk hospital? Hahaha"

Kami sekeluarga tergelak kecil. Sudah lama aku ingin rasakan begini. Aku pasti, inilah kebahagiaan yang aku mahu kecapi. Setelah lama berdiam diri, ayah bertanya kepada aku.

"Mai, kenapa bawak barang-barang sekolah? Esokkan Mai ada SPM"

Aku rasa, inilah pertama kali ayah bertanya tentang peperiksaan aku. Aku mula terharu. Mata aku berkaca.

"Mai nak jaga ayah dan Maya. Mai mahu tinggalkan kenangan kita dekat sikit. Mai nak sangat rapat dengan ayah. Ayah garang sangat sampai Mai takut dengan ayah. Mai cuma nak satu saja, Mai nakkan kemaafan dari ibu dan ayah dan juga Maya. Mai nak SPM. Mai nak result yang terbaik dan banggakan ibu dan ayah. Kalau ibu dan ayah nak tahu, Mai ada menulis tentang kehidupan dan hasilnya, Mai buat buku novel sendiri. Mai jadikan ia hobi. Kalau Mai boring, Mai akan buat buku dan jual. Alhamdullilah, hasil kerja keras Mai. Dalam akaun ada RM150000. Mai dah lama buat kerja ni. Sebab tu Mai selalu balik malam. Sorry ibu, ayah"

"Ya Allah Mai! Tak perlulah nak bekerja pada masa muda ni. Kami boleh sajakan tanggung. Tak cukup ke?"

"Mai tak boleh. Ibu dan ayah terlalu bekerja keras sampaikan tak ada masa untuk kami. Mai tak nak. Mai harap, sekarang ibu dan ayah hanya tumpukan perhatian kepada Maya dan Mia. Mereka perlukan kasih sayang. Mai tak apa, Mai dah besar. Mai dah boleh tanggung semuanya. Mai nak banggakan ibu dan ayah sebelum Mai pergi. Andai kata Mai pergi dulu sebelum ibu dan ayah, sekurang-kurangnya Mai dapat banggakan ibu dan ayah"

Diari KakakWhere stories live. Discover now