Badai ombak yang mehempas pantai pulau kerengga sudah beransur reda, bayu laut yang bertiup dari arah lautan pasifik membuatkan kanak-kanak leka bermain bola sepak. Beberapa orang tua kampung yang sedang memerhati kanak-kanak yang bermain bola sepak itu ketawa sambil berborak kosong. Mungkin mereka mengimbau kenangan mereka dahulu ketika usia mereka masih muda dan bertenaga. Suasana kampung pulau kerengga yang damai itu tiba-tiba dikejutkan dengan alunan serunai yang mengikut rentak melodi ulik mayang. Alunan serunai itu rupa-rupanya dimainkan oleh seorang budak di atas batu besar sambil melentokkan kepalanya mengikut irama melodi ulik mayang. Budak itu tidak lain tidak bukan orang yang paling dikenali ramai di sekitar kampung pulau kerengga, dek kerana beliau merupakakan anak kepada tukang urut batin ternama di negeri Terengganu.
Hood memerhati keadaan sekelilingnya, matanya melilau bagaikan mencari sesuatu sambil mengeluarkan sekotak rokok dari beg yang disandangnya. Pemetik api dikeluarkan namun beliau terdengar bagaikan ada orang yang memanggilnya. "Hood...hood...hmm..hood.." suara itu seperti nenek tua. Hood menoleh ke arah belakang namun tiada susuk tubuh yang memanggilnya, benak fikirannya tertanya-tanya siapakah yang memangil nama sebentar tadi menjadi persoalan baginya. "Woii kambing!", tersentak hood dari lamunanya sambil memerhati kelibat sahabatnya yang datang dengan motorsikal kapcai yang dibelinya 3 tahun lepas di kedai besi burok encik cidi anak kepada tokey kebun sayur atas bukit marang. "Kejut aku, ingatkan sape laaa tadi hok pangil aku, mu rupenye wan todi". Gelaran wan todi ni diperoleh ketika beliau belajar di kolej kerana kebiasaanya beliau sering minum air nira kelapa yang sering disalah tafsir sebagai air tuak masam oleh sesetengah pelajar kolej yang lain. "Horr, guane plan malam ni? jadi ke dok?" tanya hood sambil mehembuskan asap rokok ke muka wan todi. Asap rokok seludup yang dihisap itu memberikan 1001 nikmat yang tidak terhingga buatnya.
"Perghhh guane hisap rokok leni? kaloh judi ke? dulu bukan main kata rokok ni haram laa,bahaye untuk kesihatan laa alih-alih rokok saat lekat di mulut bohh, hahaha ntg niii", kata wan todi sambil berjoget zapin dan sambil meludah ke tanah.
"Mu jilat balik nape hok mu kate dulu hahaha". kata wan todi lagi, sambil matanya melirik ke arah kahak hijaunya yang diludah di atas tanah tadi. "Mu beng gitu, aku mase duk di KL jadi jeng gini ni hor, tapi leni aku pon nak beralih aroh nok hisap vape pulok. Dengar kate molek siket hisap vape ni. ke guana?". Pertanyaan hood itu membuatkan wan todi terkejut dari ketawanya. "Mu sebut pasal vape ni teringat aku kat kory, natang tu leni kaki vape woo... kire master arr. Hari-hari aku lepak ngan ntg tu dok habis-habis sembang pasal vape. Naik rezak aku, nok pulok time dia wat skill asap puting beliung". Luahan wan todi itu disambung dengan pertanyaan hood. " Doh natang tu ade mane leni? dok mari jupe aku ke guane, mamber baru sapa dari KL ni kot". Hood pon mengambil handphone dari saku seluarnya namun di halang oleh wan todi. "Mu dokpayoh call, awang tu ade duk main kat pata hor, atah batu alek lakang keda ripin tangan besi". "Aikk, doh wat nape pulok natang tu duk main atah batu? ke bahang ketum senyap-senyap ha?" hood memikirkan seorang lagi sahabatnya yang sangat nakal yang dikenali dari bangku sekolah rendah lagi. "Jomlaa kite jupe dia, kalu dok jupe kan ngajuk laa pulok susoh alek kite". kata hood sambil mejinjing bag galasnya.
Alunan serunai masih kedengaran memecah bunyi ombak yang mehempas di pesisiran pantai pulau kerengga. Dek kerana alunan melodi ulik mayang yang dimainkan oleh kory membuatkannya tidak perasan akan sesusok tubuh yang memerhatinya dari arah semak yang berdekatan dengan kedai ripin tangan besi. "Woii kory tordepo anak haji salleh!...woiii...woii". Tersentak kory apabila ada yang memangil namanya, disepetkan matanya seperti anak cina dan diperhatikan betul-betul dari jauh dua orang budak yang memang beliau kenali sejak azali menaiki motorsikal menuju ke arahnya.
Motorsikal kapcai yang dibawa wan todi bersama hood menyusur ke arah batu hitam yang terletak di belakang kedai ripin tangan besi. Sambil mematikan dan meletak motorsikal di bawah pohon kelapa, wan todi melaung memangil sahabatnya. "woii kory!! turun-turun laaa, mu duk main seruling nape atah batu tu ? takdop kijer doh ke guane? ni sain mu ni dari KL ni hor baru sapa aku kutip tepi jalan alek keda mek siam. Ooo kory torpedo, mu dengar dok?". Kory torpedo ni diberi gelaran oleh sahabat kory disebabkan ayah kory ni tukang urut batin yang ternama di dalam negeri Terengganu ni. Sehinggakan hari ini nama tersebut sudah sebati dengan tuan nya. "Aku tau dah mu due orang, meh mari ngadap aku ni. Mari naik kat tapok aku tape ni, xsoh beng malu-malu ar". Pelawaan kory itu disambut baik oleh hood dan wan todi. "Doh mu gane citer duk main serunai atah batu petang-petang gini er, main pulok lagu ulek mayang". Pertanyaan wan todi tu dijawab kory dengan suara yang tenang. "Aku benornye nok tau je lagu ni beratu ke dok, bab rama sangat duk kate lagu ni beratu jadi aku main arr nok tengok gane. Mane tau leh seru hatu laut ke, pari, mambang xpon seteru hok seadenye hahaha". Hilai ketawa kory tu membuatkan wan todi membulatkan matanya sambil berkata "mu wat main-main bende gini, dang kalu kene atah badan tubuh mu haa setok habis laa mu kne rasuk. Hasihhh, dok habis-habis nyusoh ke orang natang ni".
Perbualan dua orang sahabat itu hanya didengari oleh hood sejak dari awal, matanya terkebil-kebil bagaikan biawak pasir memikirkan akan perkara mistik dan tahyul yang diperkatakan oleh dua orang sahabatnya itu. "Aku ni bukan nape, bab-bab tahyul ni aku dok caye mane sangat. Mana ade hatu dalam dunia ni, itu sume ngarut je"
"Eh mu dok caye ke hood? biar betul?". Kory menggaru ketiaknya sambil mata hitam nya ke atas, mungkin khayal disebabkan kegatalan dicelah ketiaknya itu. Wan todi terus menyampuk "natang ni memang dok caye ke hatu, pale otok sains susoh arr nok ajok bicang".
"Ok gini senang citer, lepas ise ekgi kite jupe kat keda Ah teh alek simpang kubur lame ok?". Hood tersenyum sambil menganguk kepalanya tanda setuju. Riak tubuh badan kory menunjukkan bahawa dia seperti tidak setuju dengan cadangan wan todi sebentar tadi. Fikirannya lantas mencari alasan untuk melepaskan diri dari aktiviti gila yang akan dibuat oleh mereka malam nanti. Namun wan todi sempat membaca fikiran kory, "mu doksoh nok wi alasan arr, aku tau mu nakut or hahaha bodoh torpedo ni, harapkan torpedo je besor tapi nakut pe tikus". Kepatasan wan todi membaca fikiran kory membuatkan beliau terpaksa akur dengan kehendak sahabatnya itu. "natang ni macam professor xavier dalang x-men, bise nguh. Mu kory ikut malam ni kite g cari hatu,jin,pari,mambang dang hok mane ade". Pelawaan hood itu terpaksa jua diterima oleh kory, jauh disudut hatinya masih takut dengan apa yang akan berlaku nanti. "Tadi bukan main nok pangil habis semua hatu mari mase mu main serunai siap lagu ulek mayang lagi". Wan todi tersengih sambil membuat isyarat kepada hood agar memberinya sebatang rokok.
"Eh, mu hisap rokok jugok?" tanya hood sambil dahinya berkerut seakan-akan tidak percaya.
"Hor laaa, tapi aku dok sikkk arr, main bira mulut aku je hahaha, wak-wak nampok ganah siket". Wan todi tersengeh sambil membakar putung rokok di bibirnya itu. Manakala kory masih diam seribu bahasa melihat telatah rakan-rakanya berceloteh. Jam telah menunjukkan pukul 7.13pm cahaya mentari sudah beransur hilang dan hiruk pikuk kanak-kanak bermain bola sudah tidak kedengaran. Bunyi cengkerik disulami tiupan bayu darat menambahkan lagi sauasana malam yang akan kunjung tiba. " Malam ni jangan lupe pulok awok-awok, kat simpang kubur lame tah keda Ah teh orr ok!". Hah, kory jangan lari sudoh ar la mu tu",sahut wan todi dari atas motorsikalnya dan disambung pula oleh hood dari belakang. " dok soh wat malu ke torpedo laa Mr kory woii". hilai ketawa dua orang sahabat itu membuatkan kory hanya memerhatikan sahaja - mukanya merah,matanya terkenyit-kenyit (sutu kebiasaan baginya bila marah-marah). "Mereka memikir aku gila," katanya, dalam hati sambil melihat sahabatnya beransur pergi. Bunyi motorsikal wan todi semakin tidak kedengaran, kory lantas mengambil sepatunya di bawah batu hitam itu lalu disarung di kakinya. Tiba-tiba kedengaran suara seperti orang tua yang garau bunyinya memangil kory dari arah semak berdekatan dengan kory. Terkejut seperti orang kalah judi membuatkan kory terus berlari ke arah basikal nya lalu dikayuhnya sekuat hati. " suare sape laaa pulok ngoh-ngoh garib ni aduhh laa", katanya,dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/193907712-288-k997209.jpg)
YOU ARE READING
PERISTIWA 12 MALAM
HorrorKisah 3 budak nakal yang mengalami kisah yang amat menyentap jiwa dan emosi. Kory, hood dan wan mengharungi detik2 yang menyeramkan selepas jam 12 malam. Tahyul,ilusi,sains dan kepercayaan? yang manakah akan dapat merungkai kisah disebalik peristiwa...